Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Pejabat Pendidikan Daerah Tenom sasar GPD SPM 3.0
Published on: Monday, March 16, 2026
Published on: Mon, Mar 16, 2026
By: Ethan Ryan
Text Size:
Text:
Pejabat Pendidikan Daerah Tenom sasar GPD SPM 3.0
RAHMAHJAN menyampaikan bantuan kewangan kepada salah seorang penerima.
Tenom: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tenom menetapkan sasaran lebih mencabar dengan menyasarkan pencapaian Gred Purata Daerah (GPD) 3.0 bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjelang tahun 2026.

Pegawai Pendidikan Daerah Tenom, Jamilah Talip, berkata sasaran tersebut mencerminkan komitmen berterusan seluruh warga pendidikan di daerah itu dalam memperkasa kecemerlangan akademik pelajar.

Advertisement
Menurutnya, pelbagai usaha sedang dilaksanakan bagi memastikan para pelajar dapat mencapai keputusan yang lebih cemerlang, termasuk melalui kerjasama rakan strategik yang turut menyokong program pembangunan pendidikan di daerah berkenaan.

“Semoga anak-anak didik kita mengambil peluang daripada pelbagai bantuan yang diberikan. Dengan sokongan rakan strategik, diharapkan mereka akan lebih bersemangat, manakala para guru pula terus berusaha membantu pelajar mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM,” katanya ketika ditemui pada Program Nur Rahmah Kasih Ramadan yang diadakan di Dewan Datuk Lee Sin Fook, SJKC Chung Hwa disini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jamilah menjelaskan, sebelum ini sasaran GPD bagi tahun 2024 ditetapkan pada 4.85, manakala tahun 2025 disasarkan kepada 4.65, sebagai langkah berperingkat untuk mencapai sasaran lebih baik pada masa akan datang.

Tambahnya, usaha tersebut juga bertujuan melahirkan generasi pelajar yang berilmu, berdaya saing serta mampu mencipta kejayaan pada masa hadapan.

Advertisement
Pada majlis itu, pelbagai sumbangan turut disampaikan termasuk sumbangan RM3,000 setiap satu kepada enam buah sekolah menengah (SPM), RM5,000 kepada dua buah sekolah menengah (STPM) serta sumbangan kewangan kepada SK St. Pius Pamilaan bagi menyokong usaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan di daerah berkenaan yang mana kesemua sumbangan ini disampaikan oleh Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan, selaku rakan strategik PPD Tenom.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here