Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Pembangunan perlahan kekal isu paling mendesak di Kunak
Published on: Tuesday, November 25, 2025
Published on: Tue, Nov 25, 2025
By: Rahim Matnin
Text Size:
Text:
Pembangunan perlahan kekal isu paling mendesak di Kunak
Norazlinah berkata pengalamannya merentasi tiga pilihan raya memberi kelebihan untuk membaca sentimen pengundi dan menyusun jentera dengan lebih berkesan.
KUNAK: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Kunak Datuk Norazlinah Arif menegaskan masalah pembangunan perlahan berbanding daerah jiran kekal isu paling mendesak di daerah ini dan menjadi tumpuan utama dalam kempennya.

Beliau berkata jurang pembangunan masih ketara walaupun penduduk Kunak sudah terlalu lama menunggu perubahan setara dengan Tawau, Lahad Datu dan Semporna.

Advertisement
“Penduduk mahu melihat Kunak berkembang setara dengan daerah lain. Ini isu paling besar yang mereka bangkitkan,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran manifesto GRS di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, beberapa keperluan asas yang sudah lama diminta penduduk masih belum diselesaikan, termasuk dewan masyarakat baharu, kemudahan awam lebih baik serta jeti pelancongan yang selamat dan sesuai digunakan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Pelancong tiada jeti yang sesuai. Ini bukan permintaan baharu, tetapi harapan lama komuniti,” jelasnya.

Norazlinah berkata projek naik taraf kemudahan air, elektrik dan jalan raya memang sedang berjalan, namun prosesnya perlahan kerana melibatkan infrastruktur berskala besar.

Advertisement
“Banyak kerja berlaku di belakang tabir, cuma orang tidak nampak,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menyentuh perkembangan politik terkini di Kunak, termasuk pemilihan calon oleh parti lawan.

Advertisement
Antaranya, beliau menyifatkan keputusan Parti Warisan (Warisan) meletakkan bekas Adun Kunak, Datuk Dr Jasa Raudah, sebagai calon baharu parti itu sebagai bukti budaya kronisme masih wujud dalam parti berkenaan.

“Saya sudah lama katakan, favouritism dalam Warisan memang kuat. Memilih individu yang begitu rapat dengan kepimpinan, dan bukan calon tempatan, jelas menunjukkan hubungan keluarga lebih diutamakan daripada suara akar umbi. 

“Saya sendiri pernah mengalaminya dan keputusan ini membuktikannya,” katanya.

Mengulas pula dakwaan Naib Presiden Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, bahawa Barisan Nasional (BN) menikmati lonjakan sokongan di Kunak, Norazlinah menyifatkan kenyataan itu sebagai retorik pilihan raya.

“Dengan keadaan BN di peringkat nasional sekarang, dakwaan begitu sukar diguna pakai di Sabah,” katanya. 

Beliau turut mempersoalkan pemilihan calon BN yang didakwanya tidak mencerminkan demografi serta kehendak masyarakat Kunak.

Norazlinah berkata pengalamannya merentasi tiga pilihan raya memberi kelebihan untuk membaca sentimen pengundi dan menyusun jentera dengan lebih berkesan.

“Kejayaan kempen bermula dengan jentera teratur dan sistematik,” katanya.

Beliau berkata persiapan jentera dilaksanakan segera selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan, termasuk menubuhkan pusat operasi dan mengadakan libat urus di 35 kampung sebelum tempoh kempen bermula.

“Persediaan awal memang memudahkan kerja,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here