Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Polis Kunak belum terima laporan kes pecah rumah di Madai
Published on: Monday, March 16, 2026
Published on: Mon, Mar 16, 2026
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Polis Kunak belum terima laporan kes pecah rumah di Madai
KUNAK: Polis belum menerima sebarang laporan mengenai kes pecah rumah yang dilakukan oleh kumpulan perompak bertopeng yang didakwa berlaku di sebuah kampung di Madai seperti yang tular sejak Sabtu lalu. 

Ketua Polis Daerah Superintendent Rejali Ak Angong berkata gambar yang dimuatnaik di media sosial berkaitan kejadian itu mungkin menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Advertisement
“Setakat ini kami belum menerima sebarang kejadian seperti yang tular.

“Orang awam disaran membuat laporan polis sekiranya menyedari berlaku kejadian seperti itu agar siasatan dan tindakan dapat dijalankan,” katanya ketika dihubungi Daily Express pada Ahad. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam satu hantaran di media sosial dua lelaki bertopeng dan memakai jaket sedang menaiki tangga sebuah rumah yang dikatakan berlaku di kawasan Madai, di sini, dengan tajuk ‘Kes Pecah Rumah dan Rompak Bertopeng dilaporkan berlaku di kawasan Madai’.

Sementara itu, Rejali menyeru masyarakat yang balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri supaya memaklumkan pihak polis dengan mengisi Borang Maklumat Balik Kampung bagi tujuan rondaan dan pemantauan keselamatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here