Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Calon Upko tekad majukan Telupid sebagai bandar satelit
Published on: Tuesday, November 25, 2025
Published on: Tue, Nov 25, 2025
By: Jeremy S Zabala
Text Size:
Text:
Calon Upko tekad majukan Telupid sebagai bandar satelit
FELIX Joseph akan bertanding di kerusi Telupid pada PRN17 Sabah.
Kota Kinabalu: Meneruskan legasi Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Felix Joseph Saang bukan sahaja berhasrat menjadi suara Telupid tetapi mahu memimpin penduduknya menuju masa depan lebih baik.

Berpegang pada seruan parti “Sabah First” calon berusia 51 tahun itu melihat potensi besar Telupid untuk dibangunkan sebagai bandar satelit  dengan dipacu oleh kedudukan strategik dan sumber sedia ada di kawasan itu.

Advertisement
Selaras visi parti untuk merombak semula landskap politik Sabah Felix berkata sudah tiba masanya pusat negeri itu dibangunkan sebagai daerah luar bandar yang kompetitif, inklusif, makmur dan seimbang dari sudut ekonomi, sosial, budaya serta agama.

“Kami mempunyai misi jelas untuk memperbaiki Telupid iaitu memperkukuh infrastruktur asas sebagai tonggak kesejahteraan rakyat, memperkasakan semua lapisan masyarakat melalui peningkatan kemahiran, pendidikan serta ekonomi.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Kita juga menekankan pembangunan wilayah yang selari dengan keperluan era digital dan teknologi AI sambil memastikan keadilan sosial dan agihan hasil pembangunan yang saksama,” katanya.

Beliau berkata perancangan ini berteraskan lapan tonggak utama manifesto Upko yang bertujuan menangani masalah pembangunan terbantut serta meningkatkan taraf hidup penduduk secara menyeluruh.

Advertisement
Menurutnya isu hak tanah adat menjadi agenda pertama manifesto dengan cadangan menubuhkan jawatankuasa khas untuk bekerjasama rapat dengan jabatan berkaitan bagi mempercepatkan proses geran tanah. 

Jawatankuasa itu juga akan memantau setiap proses bagi memastikan hak pemilikan diagih secara adil serta penyelesaian sempadan kampung diselesaikan dengan telus dan cekap.

Advertisement
“Fokus seterusnya ialah pembangunan infrastruktur awam kampung dan daerah untuk mengurangkan kesukaran perjalanan serta menyediakan kemudahan asas harian. 

“Kami komited menyelesaikan isu bekalan air dan elektrik yang berlarutan dengan menaik taraf kemudahan sedia ada, mempercepat pembinaan Balai Bomba serta menggubal pelan pembangunan yang lebih tersusun dan realistik,” katanya merujuk kepada jalan kampung dan ladang, naik taraf dewan, balai, gelanggang, lampu jalan serta peningkatan liputan internet.

Bagi tonggak keempat Naib Presiden Upko itu berkata penekanan diberi kepada tadbir urus pembangunan komuniti termasuk pelantikan ketua kampung yang berkemampuan dan berkomitmen — secara adil dan telus. 

Menurutnya pembangunan koperasi serta program keusahawanan wanita turut dirangka di samping penganjuran kejohanan sukan dan aktiviti untuk mencungkil bakat tempatan di peringkat daerah, negeri dan nasional.

“Tonggak keenam pula memberi tumpuan kepada ekonomi komuniti akar umbi dengan mewujudkan kawasan komersial terancang di setiap kampung, menganjur program pemerkasaan ekonomi selain merancang pusat pengumpulan hasil pertanian dan ternakan,” ujarnya.

Dengan potensi Telupid sebagai destinasi utama Felix berkata fokus turut diberikan kepada pembangunan pelancongan luar bandar melalui pengaktifan serta pemerkasaan Jawatankuasa Tagal bagi mengurus dan membangunkan potensi pelancongan setiap kampung termasuk penubuhan pusat informasi sebagai hab sejarah, budaya dan pelancongan serta pembangunan produk tempatan.

Beliau berkata satu skuad khas juga akan ditubuhkan bagi membantu warga emas, golongan rentan dan komuniti yang terpinggir. 

“Pasukan ini turut menyediakan khidmat nasihat kerjaya, bimbingan mahupun peruntukan khas bagi program rumah ibadat.

“Telupid adalah kawasan luas dan strategik di tengah Sabah. Walaupun mempunyai potensi besar sebagai lokasi hentian utama, tahap pembangunan semasanya perlu dipertingkat dan diperkukuh,” tambahnya.

Felix akan bertanding di kerusi Telupid menerusi saingan sembilan penjuru pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah. 

Beliau berdepan Jonnybone J. Kurum (GRS), Jamin Jamri (PN), Simah Matusip (Warisan), Pagrios @ Petrus Zabang (PBM), Michel Alok (PIS), Nilis Joseph (KDM), Jikmariya Muran (STAR) dan Benedict Asmat (BN).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here