Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Cadangan Upko tanding kerusi Parlimen Putatan
Published on: Saturday, March 28, 2026
Published on: Sat, Mar 28, 2026
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Cadangan Upko tanding kerusi Parlimen Putatan
PUTATAN: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Bahagian Putatan akan mencadangkan agar parti itu bertanding di kerusi Parlimen Putatan pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua bahagiannya Datuk Dr Marcus M. Mojigoh (gambar) berkata perkara itu boleh direalisasikan sekiranya Upko mendapat kerjasama serta keyakinan daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti-parti komponen serta para pemimpin.

Advertisement
“Jika Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji merasakan Upko patut diberi kerusi tradisi itu, maka terima kasih.

“Sesiapa sahaja yang akan menjadi calon Parlimen, kami akan menyokong,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dr Marcus, bekas Ahli Parlimen Putatan, berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat nasional Upko di Dewan Sri Putatan pada Khamis.

Majlis itu dirasmikan Presiden Upko merangkap Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick dan dihadiri kira-kira 3,000 orang.

Advertisement
Turut hadir Ahli Parlimen Putatan Datuk Shahelmey Yahya, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Keramat Shah Alfie Yahya serta penganjur bersama Rosdy Wasli, Jason Lee dan Ismail Yusuf.

Dr Marcus bagaimanapun berkata cadangan itu juga bergantung sama ada ia diterima oleh kepimpinan parti.

Advertisement
“Saya mencadangkan kerana Putatan adalah rakyat saya, bangsa kita, keluarga kita — warga Putatan yang kita sayangi. Jika Putatan mahu kita memimpin, terima kasih,” katanya.

Dr Marcus merupakan perintis pertama dari Upko yang memenangi kerusi Parlimen Putatan sebelum ditewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Awang Husaini Sahari pada Pilihan Raya Umum 2018.

Beliau mendakwa propaganda terhadap Barisan Nasional (BN), yang diterajui bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu, sangat berkesan sehingga menyebabkan banyak kekalahan dalam pilihan raya, termasuk kerusi Tambunan yang ditandingi Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

“Rakyat mahukan perubahan, sama ada baik atau buruk. Saya juga tidak terkecuali,” katanya.

Sementara itu, Dr Marcus berkata beliau tidak akan bertanding sebagai calon Upko sekiranya parti membuat keputusan untuk bertanding.

“Walaupun penyokong saya mahu saya bertanding, saya tidak mahu lagi terlibat dalam arena politik,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here