Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
30 peranti satelit untuk pemuliharaan penyu
Published on: Saturday, March 07, 2026
Published on: Sat, Mar 07, 2026
By: Sisca Humphrey
Text Size:
Text:
30 peranti satelit untuk pemuliharaan penyu
SAFAR dan Bacho bersama tetamu lain pada majlis Iftar itu.
Kota Kinabalu: Yayasan Petronas menyumbang 30 unit peranti penjejakan satelit kepada Marine Research Foundation (MRF) bagi menyokong pemuliharaan biodiversiti marin di Sabah semasa Majlis Iftar Petronas, di sini pada Khamis.

Peranti itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas Nelly Shariah Francis kepada Ketua Pegawai Program MRF Liyana Izwin Khalid.

Advertisement
Penyerahan itu disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong, Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia Petronas Datuk Bacho Pilong dan Pengurus Besar Pejabat Wilayah Sabah dan Labuan Petronas Siti Ayu Abdul Wahab.

Peranti itu akan dipasang pada 10 ekor penyu hijau dan 20 ekor penyu sisik di beberapa lokasi strategik termasuk Pulau Gulisan, Pulau Selingan, Pulau Lankayan, Pulau Sipadan dan Pulau Pom Pom.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Penjejakan berkenaan bertujuan memetakan habitat kritikal seperti kawasan rumput laut dan terumbu karang yang menjadi habitat utama spesies penyu, dengan data menyokong perancangan pemuliharaan jangka panjang serta perlindungan ekosistem marin.

Sempena Aidilfitri, Yayasan Petronas turut menghulurkan sumbangan perayaan menerusi program ‘Memacu Kehidupan’ yang memberi manfaat kepada 300 isi rumah di seluruh Sabah.

Advertisement
Sebanyak 120 pek setiap satu diagihkan di Putatan dan Papar serta 60 di Tenom manakala baki pek makanan akan diedarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKA) secara berperingkat sepanjang Ramadan.

Turut hadir ialah Peguam Besar Negeri Datuk Brenndon Keith Soh, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norlijah Danin, Naib Presiden Kanan Strategi Korporat Petronas Marina Mohamad Taib dan Naib Presiden Perolehan Kumpulan Petronas Rashidah Alias.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here