Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Kementerian Pendidikan Tinggi pertimbang pembinaan asrama kolej komuniti
Published on: Monday, November 24, 2025
Published on: Mon, Nov 24, 2025
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Kementerian Pendidikan Tinggi pertimbang pembinaan asrama kolej komuniti
FOTO Bernama.
Kota Kinabalu: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia menimbangkan pembinaan asrama kolej komuniti di Sabah dan Sarawak.

Menterinya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (gambar) berkata ia berdasarkan keperluan yang agak ketara dari segi geografi di kedua-dua negeri.

Advertisement
“Dasar kolej komuniti memang tidak menyediakan asrama tetapi dalam konteks Sabah dan Sarawak yang mempunyai kawasan pedalaman kemudahan ini amat diperlukan.

“Dalam lawatan saya ke kolej komuniti di Tambunan dan Beaufort baru-baru ini, saya melihat keperluan itu sangat tinggi kerana pelajar-pelajar datang dari pelbagai pelusuk negeri.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Ini juga penting kerana kita mahu membina masa depan generasi muda ini khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya kepada pemberita selepas sesi makan malam santai bersama media pada Sabtu.

Sementara itu beliau berkata kementerianya menerima peruntukan sebanyak RM18.6 bilion di bawah Belanjawan 2026.

Advertisement
“Untuk Sabah bagi tahun depan kita telah meluluskan sebanyak 21 projek dengan peruntukan RM1.014 bilion yang akan dilaksanakan di bawah RMK13.

“Ini termasuk pelbagai projek untuk Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, politeknik dan kolej komuniti,” katanya.

Advertisement
Mengenai cadangan membenarkan pelajar mengundi secara pos beliau berkata ia tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan oleh SPR.

“Setakat ini belum ada perbincangan antara KPT dan SPR mengenai pengundian pos untuk pelajar universiti.

“Dua bulan lalu timbul isu sama ada KPT perlu menimbangkan mahasiswa yang belajar di Sabah atau Semenanjung untuk dibenarkan pulang mengundi.

“Di UMS khususnya 60 peratus pelajarnya adalah anak Sabah. Jadi pihak universiti telah membuat keputusan untuk menganjak sedikit tarikh hari konvokesyen.

“Kita faham pada peringkat awal ada sedikit pro dan kontra di mana ada yang setuju, ada yang tidak. 

“Tapi akhirnya ia dapat diselesaikan dan kita tidak mahu dilihat seolah-olah KPT cuba menghalang pelajar daripada mengundi sedangkan mengundi adalah hak yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here