Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Program Ramadan perkukuh kebersamaan komuniti
Published on: Tuesday, March 03, 2026
Published on: Tue, Mar 03, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Program Ramadan perkukuh kebersamaan komuniti
YUSOF menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
LAHAD DATU: Penganjuran pelbagai program bagi mengimarahkan bulan Ramadan bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim malah memperkukuh persefahaman serta kebersamaan masyarakat.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd Yusof Apdal berkata Ramadan merupakan bulan yang mendidik masyarakat untuk memperkukuh nilai kesabaran, keprihatinan dan semangat berkongsi.

Advertisement
“Ramadan bukan sahaja tentang menahan lapar dan dahaga tetapi peluang memperbaiki ibadah serta meningkatkan kefahaman terhadap ilmu yang dapat dimanfaatkan dalam kehidupan harian.

“Justeru penganjuran program ilmiah serta aktiviti komuniti sepanjang Ramadan sebagai langkah yang selari dengan tuntutan untuk mengimarahkan masjid dengan pengisian bermanfaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mari kita sama-sama mengambil peluang sepanjang Ramadan untuk memperbanyakkan aktiviti yang menyatukan komuniti termasuk majlis ilmu, gotong-royong dan program kebajikan yang memberi manfaat kepada golongan memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Jangkauan Sains, Teknologi dan Inovasi dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Firdaus, Kampung Sepagaya pada Ahad.

Advertisement
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Segama Mohammad Abdul Karim dan Adun Tungku Assaffal P Alian.

Dalam majlis berkenaan, Yusof, Mohammad dan Assaffal turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan beras kepada 100 penerima dari golongan Asnaf.

Advertisement
Terdahulu pihak masjid turut mengalu-alukan penganjuran program-program berasaskan di masjid bagi memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Pengerusi Masjid Firdaus Kampung Sepagaya Sulaiman Atok berkata program pembelajaran merupakan satu usaha memperkasa ilmu dan membina masyarakat berakhlak.

“Kita bersedia untuk menyertai program-program pembelajaran seumpama ini agar lebih luas jangkauan dan lebih ramai yang mendapat manfaatnya,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here