Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
RM40 juta dana zakat setahun perkasa pendidikan asnaf
Published on: Saturday, March 14, 2026
Published on: Sat, Mar 14, 2026
Text Size:
Text:
RM40 juta dana zakat setahun perkasa pendidikan asnaf
ARIFFIN (empat dari kanan) menyaksikan penyerahan cek cura zakat daripada Celcom Timur.
Kota Kinabalu: Lebih RM40 juta dana zakat disalurkan setiap tahun bagi memperkasa pendidikan golongan asnaf di Sabah. 

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif berkata dana itu digunakan bagi membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian melalui pelbagai bentuk bantuan pendidikan. 

Advertisement
“Bantuan itu untuk pelajar yang akan melanjutkan pengajian di dalam negara serta di luar negara khususnya dalam bidang pengajian agama.

“Setiap tahun kita memperuntukkan lebih RM40 juta untuk dana memperkasa pendidikan asnaf.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bantuan ini termasuk dermasiswa bagi membantu anak-anak kita melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang,” katanya selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis. 

Beliau berkata bantuan itu menjadi antara fokus utama agihan zakat kerana pendidikan dilihat sebagai jalan terbaik untuk membantu golongan kurang berkemampuan keluar daripada kitaran kemiskinan.

Advertisement
“Sebahagian penerima juga melanjutkan pengajian ke luar negara khususnya dalam bidang keagamaan dan bidang lain yang memberi manfaat kepada pembangunan masyarakat,” tambahnya. 

Sementara itu, beliau memaklumkan jumlah kutipan zakat pada tahun 2025 setakat ini mencecah kira-kira RM134 juta, hampir sama seperti jumlah yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

Advertisement
Katanya, kutipan itu merangkumi zakat daripada pelbagai sumber termasuk zakat perniagaan, zakat gaji serta sumbangan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta.

“Lebih 50 peratus daripada kutipan zakat datang daripada zakat pengajian manakala selebihnya adalah daripada zakat perniagaan dan sumber lain,” ujarnya. 

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada syarikat korporat termasuk syarikat berkaitan kerajaan yang menunaikan tanggungjawab membayar zakat perniagaan.

Menurutnya, sumbangan daripada syarikat-syarikat tersebut memainkan peranan penting dalam memastikan dana zakat dapat diagihkan secara berterusan kepada golongan asnaf, khususnya bagi menyokong usaha memperkasa pendidikan di negeri ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Muis Datuk Seri Yahya Hussin dan Setiausaha Muis Datuk Ramlan Awang Ali.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here