Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Pemimpin, kem politik digesa tidak sebar sentimen anti-GPM
Published on: Monday, November 24, 2025
Published on: Mon, Nov 24, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Pemimpin, kem politik digesa tidak sebar sentimen anti-GPM
Khaled berkata anggota tentera juga perlu memikirkan masak-masak jika orang yang membangkitkan sentimen anti-GPM wajar disokong, selain mendapati kumpulan berkenaan mungkin menjadi cabaran kepada tentera dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. 
TAWAU: Semua pemimpin dan kem parti politik diingatkan supaya tidak menyebarkan sebarang provokasi berunsurkan sentimen anti-Gagasan Persekutuan Malaysia (GPM) yang boleh mengancam kedaulatan dan mengganggu-gugat ketenteraman negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata mereka perlu mengutamakan kesatuan negara dan mengelakkan kenyataan politik berunsur kebencian yang boleh mengapi-apikan naratif anti-GPM.

Advertisement
“Mengapa dakwa sayang Sabah tapi hendak merosakkan GPM? Malaysia kita punya. Tidak kira orang Sabah, orang Kuala Lumpur, orang Johor, orang Sarawak atau lain-lain,” katanya pada sidang media sempena Karnival Hari Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Tawau di Padang Kawad Kem Kubota 7 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) di sini, Ahad.

“GPM diwujudkan atas sokongan Sabah dan begitu juga semua negeri yang lain. Jadi Persekutuan ini juga milik Sabah, maka wajar untuk mempunyai hubungan baik supaya segala perancangan di Sabah dapat disokong dan dijayakan secara bersama,” katanya. Katanya kerajaan Sabah baharu yang bakal dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) mesti mampu mengurus dan memajukan rakyat supaya hidup dalam keadaan makmur.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Kerajaan baharu itu juga mesti mengekalkan hubungan yang kuat dengan Kerajaan Persekutuan supaya dapat membangunkan Sabah dengan lancar dan baik.

Khaled berkata anggota tentera juga perlu memikirkan masak-masak jika orang yang membangkitkan sentimen anti-GPM wajar disokong, selain mendapati kumpulan berkenaan mungkin menjadi cabaran kepada tentera dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. 

Advertisement
“Saya ingatkan anggota tentera, kita perlu lihat semua ini khususnya kalau ada pihak yang tidak menghargai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau jika ada pihak yang menghasut kebencian kepada GPM,” katanya.

Menyentuh usaha memantapkan kawalan pertahanan negara, Khaled berkata penekanan bukan hanya melibatkan kesiapsiagaan ATM tetapi turut memberikan perhatian terhadap aspek kesejahteraan.

Advertisement
“Anggota tentera juga seperti rakyat dan pengundi yang berhak melihat wujudnya sebuah kerajaan yang kuat untuk membantu usaha menjaga keselamatan negara.

“Kerajaan yang diberi tanggungjawab mesti mampu mengurus, membangun, memajukan negara dan rakyatnya. Jika negara tidak diurus dengan baik, negara tidak makmur sekali gus menyumbang kepada cabaran dari segi keselamatan,” katanya.

Megenai tuntutan Filipina ke atas Sabah, Khaled berkata Kementerian Pertahanan sentiasa berwaspada kerana sedia maklum bahawa dengan pendirian negara terbabit yang belum meminda perlembagaannya apabila masih meletakkan Sabah sebagai sebahagian daripada Filipina. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here