Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Suami isteri didenda jual produk tidak berdaftar
Published on: Friday, March 27, 2026
Published on: Fri, Mar 27, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Suami isteri didenda jual produk tidak berdaftar
Kes tersebut didakwa mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Sepasang suami isteri didenda keseluruhan RM4,500 oleh Mahkamah Sesyen kerana memiliki dan menjual produk tidak berdaftar serta kosmetik tanpa label.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Ainal Salasa, 39, dan Catrina Majid, 32, selepas kedua-duanya mengaku bersalah secara berasingan terhadap pertuduhan yang dikenakan pada Khamis.

Advertisement
Mohd Ainal berdepan dua pertuduhan manakala Catrina satu pertuduhan dan mahkamah memerintahkan mereka masing-masing membayar denda RM1,500 bagi setiap pertuduhan atau penjara sebulan jika gagal membayar.

Bagi pertuduhan pertama Mohd Ainal didapati memiliki empat jenis produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) antaranya tiga botol Brilliant Rejuv Topical Solution (toner), enam kotak minyak urut Qiansoto Breast Massage, dua botol America Superman dan satu kotak Tissue Magic.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan itu dilakukan pada jam 11.51 pagi, 4 Julai 2024 di Putih Collection, Pekan Lama, Jalan Bunga Raya, Papar.

Kes tersebut didakwa mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Advertisement
Bagi pertuduhan kedua Mohd Ainal turut didapati memiliki lapan jenis kosmetik tanpa notifikasi antaranya krim Armpit Whitening, sabun AHA Whitening, Perfect Skin Lady Konjic Hya, Yanko Whitening dan Yanko Anti-Spot di tempat dan masa yang sama.

Sementara itu Catrina didapati menjual satu produk tidak berdaftar iaitu sebotol Brilliant Rejuv Topical Solution (toner) kepada seorang lelaki di lokasi dan masa yang sama.

Advertisement
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Jabatan Farmasi Onng Chi San.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here