Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Deposit rumah percuma jadi kelebihan GRS
Published on: Sunday, November 23, 2025
Published on: Sun, Nov 23, 2025
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Deposit rumah percuma jadi kelebihan GRS
Di bawah cadangan GRS, pembeli rumah kali pertama tidak perlu lagi membayar deposit, sekali gus menghapuskan halangan kewangan terbesar di peringkat awal. John berkata tawaran deposit itu menunjukkan keperluan anak muda diberi keutamaan.
Kota Kinabalu: Sabah ialah negeri pertama yang menawarkan bantuan deposit rumah percuma kepada pembeli rumah kali pertama sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diberi mandat pada pilihan raya negeri 29 Nov ini.

Bekas Senator Datuk John Ambrose berkata tiada negeri lain melaksanakan langkah seumpama itu, yang menurutnya memberi kelebihan besar terutama kepada pasangan muda.

Advertisement
Beliau berkata dasar baharu itu berpotensi membantu ribuan anak muda Sabah memiliki rumah sendiri.

“Untuk memastikan janji ini dapat direalisasikan, GRS perlu diberikan mandat dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
John, yang juga Ahli Majlis Tertinggi GRS, berkata GRS wajar diberi penghargaan kerana berjanji menanggung sepenuhnya deposit yang kebiasaannya berjumlah 10 peratus daripada harga rumah — halangan utama yang menyukarkan anak muda Sabah membeli rumah.

Katanya, inisiatif itu menunjukkan GRS memahami realiti yang dihadapi golongan pekerja muda, ketika harga rumah meningkat tetapi gaji tidak berkembang seiring.

Advertisement
“Memiliki tempat tinggal adalah hak asas. Tetapi bagi ramai anak muda Sabah, ia menjadi cabaran besar kerana pelbagai faktor, termasuk deposit,” katanya.

Beliau berkata masalah kemampuan memiliki rumah telah membelenggu anak muda lebih sedekad, dengan semakin ramai tersisih daripada pasaran perumahan.

Advertisement
Kajian menunjukkan harga rumah di Sabah kekal antara yang paling tidak mampu milik berbanding pendapatan penduduk.

John berkata Indeks Harga Rumah Malaysia bagi Sabah terus meningkat, termasuk harga rumah di kawasan bandar seperti Kota Kinabalu, Penampang, Likas dan Tuaran yang jauh di luar kemampuan mereka berpendapatan RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.

“Satu tinjauan nasional mendapati hanya sebilangan kecil belia Malaysia memiliki rumah, dan deposit 10 peratus menjadi halangan utama.

“Di Sabah, cabaran ini lebih ketara kerana paras gaji median lebih rendah, menjadikan hampir mustahil untuk mereka mengumpul RM20,000 hingga RM40,000 atau lebih bagi bayaran pendahuluan,” katanya.

Tambahnya, kadar sewa kediaman di kawasan bandar Sabah turut melonjak, malah ramai penyewa melaporkan kadar sewa di Kota Kinabalu kini hampir menyamai Kuala Lumpur walaupun gaji jauh lebih rendah.

Akibatnya, ramai anak muda terperangkap dalam kitaran menyewa tanpa mampu menabung untuk membeli rumah.

Di bawah cadangan GRS, pembeli rumah kali pertama tidak perlu lagi membayar deposit, sekali gus menghapuskan halangan kewangan terbesar di peringkat awal.

John berkata tawaran deposit itu menunjukkan keperluan anak muda diberi keutamaan.

“Ramai anak muda mahu memulakan keluarga dan menetap di Sabah, tetapi deposit menjadi penghalang.

“Dasar ini menawarkan laluan sebenar untuk memiliki rumah pertama,” katanya.

Beliau menambah, kemampuan anak muda memiliki rumah bukan sekadar isu perumahan, tetapi faktor penting bagi kestabilan ekonomi jangka panjang, pengekalan bakat serta kesejahteraan sosial negeri.

“Ketika kadar pemilikan rumah dalam kalangan belia mendatar dan tekanan kos hidup meningkat, cadangan GRS hadir pada masa ramai berasa semakin tersisih daripada pasaran perumahan.

“Dengan pakar memberi amaran tentang krisis kemampuan memiliki rumah, tawaran deposit ini mungkin antara intervensi paling signifikan dalam beberapa tahun, memberi harapan kepada generasi yang semakin bimbang terkeluar daripada pasaran rumah,” katanya.

John menggesa rakyat Sabah, khususnya golongan muda, supaya tidak melepaskan peluang itu.

“Berikan mandat kepada GRS untuk mentadbir semula,” katanya sambil menambah bahawa jika kembali berkuasa, GRS akan memperuntukkan 50 unit rumah SMJ di setiap kawasan, dengan 10 unit dikhaskan untuk golongan muda B40 dan e-Kasih, khususnya yang baru berkahwin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here