Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Lapan rumah hangus di Petagas
Published on: Sunday, March 15, 2026
Published on: Sun, Mar 15, 2026
By: Sisca Humphrey
Text Size:
Text:
Lapan rumah hangus di Petagas
ANGGOTA bomba sedang memadam kebakaran itu.
PUTATAN: Lapan rumah dan sebuah kenderaan rosak dalam kebakaran di Jalan Sekambu, Kampung Sekambu Petagas,  pada petang Jumaat. Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 2.01 petang sebelum jentera dari Balai Putatan, Kota Kinabalu dan Penampang digerakkan ke lokasi.

Jentera pertama tiba di tempat kejadian pada 2.25 petang selepas menempuh perjalanan kira-kira 16 kilometer dari balai terdekat.

Advertisement
Komander Operasi Musran Jabri berkata kebakaran melibatkan lapan rumah jenis separa kekal dan tidak kekal, dengan beberapa unit musnah sepenuhnya.

Enam rumah dilaporkan musnah 100 peratus, sebuah rumah mengalami kerosakan kira-kira 80 peratus manakala dua lagi terjejas sebahagian. Sebuah Perodua Kancil yang diletak berhampiran juga musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Seramai 41 anggota bomba dibantu 10 anggota Pasukan Bomba Komuniti terlibat dalam operasi menggunakan beberapa jentera bomba, lori tangki air dan kenderaan utiliti,” katanya. Kebakaran dikawal kira-kira 3.10 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 8.15 malam, tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here