Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal menubuhkan Fakulti Undang-Undang susulan keputusan Kabinet Persekutuan melonggarkan moratorium pembukaan program undang-undang baharu khusus bagi Sabah dan Sarawak.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini, sekali gus membolehkan UMS memulakan proses penubuhan fakulti berkenaan bagi memenuhi permintaan tinggi terhadap pendidikan perundangan di negeri ini.
“Saya memohon supaya moratorium ke atas program undang-undang baharu ditarik balik khusus untuk Sabah dan Sarawak. Kabinet bersetuju dan UMS kini boleh membuka Fakulti Undang-Undang,” katanya.
Advertisement





