Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
UMS perhebat penyelidikan teknologi makanan dan pertanian moden
Published on: Wednesday, March 04, 2026
Published on: Wed, Mar 04, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
UMS perhebat penyelidikan teknologi makanan dan pertanian moden
KASIM (duduk tiga dari kanan) bersama warga UMS dan pengamal media Sandakan.
SANDAKAN: Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus mempergiat penyelidikan dalam bidang teknologi makanan dan pertanian moden sebagai langkah strategik memperkukuh sekuriti makanan. 

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata ia bagi merealisasikan aspirasi Sabah muncul sebagai antara pengeluar utama makanan di rantau Asia Tenggara.

Advertisement
Jelasnya usaha berkenaan digerakkan secara menyeluruh melalui kepakaran penyelidik universiti serta peranan signifikan Fakulti Pertanian Lestari UMS yang berpangkalan di Sandakan.

“Fakulti itu memberi tumpuan kepada pembangunan pertanian berteknologi tinggi termasuk amalan “precision farming”, penggunaan kecerdasan buatan (AI), automasi serta inovasi dalam teknologi pemprosesan makanan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pendekatan berasaskan penyelidikan dan inovasi amat penting bagi memastikan Sabah tidak hanya bergantung kepada bekalan luar sebaliknya berupaya meningkatkan pengeluaran sendiri secara mampan dan berdaya saing. 

“Sandakan yang terkenal sebagai daerah kaya dengan sumber asli dan aktiviti pertanian dilihat mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai hab pertanian moden,” katanya. 

Advertisement
Beliau ditemui media pada Majlis Apresiasi dan Iftar Sahabat Media UMS Sandakan di Restoran Sandokan pada Isnin. 

Dalam pada itu Kasim juga berkata UMS turut memberi penekanan kepada pembangunan rantaian nilai industri secara menyeluruh merangkumi peringkat huluan (upstream) seperti pengeluaran dan penanaman sehingga ke peringkat hiliran (downstream) termasuk pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran produk makanan. 

Advertisement
Pendekatan ini diyakini mampu meningkatkan nilai tambah hasil pertanian tempatan serta membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada masyarakat.

Dalam masa sama universiti komited melahirkan graduan yang bukan sahaja berpengetahuan dalam bidang teori, tetapi turut mahir mengaplikasikan teknologi terkini dalam sektor pertanian dan makanan. 

Pendedahan kepada teknologi pintar serta kaedah pertanian moden dijangka menjadi pemangkin kepada transformasi industri pertanian negeri.

“Melalui pengukuhan penyelidikan dan kerjasama strategik bersama industri serta agensi berkaitan UMS optimis Sabah mampu berkembang daripada negeri pengimport makanan kepada antara pengeluar utama yang membekalkan produk makanan berkualiti tinggi ke pasaran serantau khususnya di Asia Tenggara,” ujar beliau. 

Langkah proaktif ini sejajar dengan agenda pembangunan negeri yang menekankan kelestarian, inovasi dan jaminan keselamatan makanan demi kesejahteraan rakyat pada masa hadapan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here