Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Tinjauan tapak cadangan pos maritim di Pitas
Published on: Saturday, November 22, 2025
Published on: Sat, Nov 22, 2025
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Tinjauan tapak cadangan pos maritim di Pitas
PEGAWAI Maritim, Esscom dan yang lain ketika tinjauan tapak itu.
PITAS: Usaha memperkukuh keselamatan perairan di Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) terus digiatkan apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) melaksanakan tinjauan tapak bagi cadangan pembinaan Pos Maritim Kampung Pegasaon Mapan-Mapan, Khamis.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali, berkata tinjauan itu penting bagi menilai aspek keselamatan, kesesuaian lokasi dan keperluan operasi sebelum pembangunan dimuktamadkan.

Advertisement
“Sekiranya lokasi ini memenuhi semua kriteria, tindakan susulan akan diambil untuk meneruskan cadangan pembinaan pos berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai lawatan bersama pegawai kanan Esscom diketuai Komander Esscom DCP Datuk Victor Sanjos, Timbalan Komander Esscom, Brigadier Jeneral Mohamad Ismail Kamarudin, serta Ketua Staf Bahagian Operasi Laut Esscom, Laksamana Pertama Maritim Abdul Razak Mohamed.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here