Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia gagalkan dua cubaan menyeludup dalam sejam
Published on: Saturday, March 07, 2026
Published on: Sat, Mar 07, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia gagalkan dua cubaan menyeludup dalam sejam
Semua rampasan dibawa ke jeti Kem Azumi sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Zon Maritim Semporna untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. - FOTO Bernama untuk ilustrasi sahaja.
SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan dua cubaan penyeludupan dalam tempoh satu jam dalam dua kejadian berasingan di perairan Pulau Bum Bum, di sini, pada Khamis.

Pengarah Zon Maritim Semporna Komander Maritim Amir Shubli berkata kira-kira pukul 5.30 petang ketika melaksanakan Ops Pluto Timur, pasukan Maritim Malaysia mengesan sebuah bot enjin sangkut dalam keadaan mencurigakan pada jarak 0.5 batu nautika barat laut perairan Pulau Bum Bum.

Advertisement
Menyedari kehadiran pasukan penguatkuasa, tekong bot berkenaan terjun ke dalam air sebelum melarikan diri ke kawasan daratan berhampiran.

“Hasil pemeriksaan terhadap bot yang ditinggalkan itu, pasukan menemukan sebanyak 15 tong jerikin yang mengandungi petrol serta sebuah enjin sangkut (Yamaha 40 Kuasa Kuda).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Rampasan termasuk bot, enjin dan petrol itu dianggarkan bernilai RM17,250,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Amir, kira-kira 50 minit kemudian, pasukan menemukan longgokan tong jerikin yang terapung pada jarak 0.9 batu nautika di utara Pulau Bum Bum kira-kira pukul 6.20 petang.

Advertisement
Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 30 tong jerikin berisi petrol yang dipercayai dibuang ke laut oleh penyeludup bagi mengelakkan dikesan pasukan penguatkuasa.

Rampasan kedua dianggarkan bernilai kira-kira RM1,500. Semua rampasan dibawa ke jeti Kem Azumi sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Zon Maritim Semporna untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here