Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Asyraf yakin ‘gelombang biru’ di Sabah semakin kukuh
Published on: Thursday, November 20, 2025
Published on: Thu, Nov 20, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Asyraf yakin ‘gelombang biru’ di Sabah semakin kukuh
Asyraf menjelaskan jentera BN telah bekerja sejak hampir lima bulan lalu, dan bukan sekadar bermula pada hari penamaan calon.
SANDAKAN: Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yakin “gelombang biru” Barisan Nasional (BN) di Sabah kini semakin kuat menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17.

Beliau berkata keyakinan itu berpunca daripada beberapa faktor utama, termasuk kesepaduan calon BN yang bertanding di semua 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Advertisement
“Di semua 45 DUN yang BN bertanding, kita tidak menghadapi masalah langsung. Tiada calon yang merajuk atau bertanding sebagai Bebas, berbeza dengan apa yang berlaku dalam parti lain,” katanya.

Beliau ditemui media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di PPR Taman Murni, Rabu. Turut hadir calon BN DUN Sungai Sibuga, Datuk Suhaimi Nasir.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Asyraf menjelaskan jentera BN telah bekerja sejak hampir lima bulan lalu, dan bukan sekadar bermula pada hari penamaan calon.

“Jentera kita dari seluruh negara telah berkampung di sini sejak lima bulan. Kerja rumah ke rumah, pengiraan pengundi dan mendekati keluarga sudah dijalankan lama. Ini menunjukkan keberhasilan yang tinggi,” jelas beliau.

Advertisement
Beliau juga percaya rakyat Sabah kini lebih menyedari perbezaan antara pentadbiran BN selama 24 tahun dengan kerajaan selepas BN digugurkan.

“Apa yang kita canangkan sebagai ‘Bikin Balik Sabah’ benar-benar meresap di hati rakyat. Mereka nampak perbezaan ketara dari segi infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya,” katanya.

Advertisement
Beliau memberi contoh sehingga 2018, BN berjaya mencapai 95 peratus liputan elektrik di Sabah. Namun, selepas BN “dikhianati”, penyelenggaraan dan penambahbaikan asas tidak lagi berjalan dengan baik.

“Mustahil untuk mengekalkan hasil pembangunan 24 tahun jika tidak diselenggara dan ditambah baik. Akhirnya rakyat yang merana di bawah dua kerajaan yang bertukar-ganti,” ujarnya.

Asyraf menegaskan BN tidak pernah ditolak rakyat Sabah, sebaliknya mengalami kejatuhan akibat tindakan beberapa pemimpin yang berpaling tadah.

“Barisan Nasional tidak pernah kalah di Sabah. Kita cuma dikhianati oleh pemimpin. Sentimen ini benar-benar membekas di hati rakyat,” tegas beliau.

Beliau optimis sokongan kepada BN semakin meningkat dan gelombang tersebut akan diterjemahkan melalui keputusan pilihan raya kelak.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here