Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Pakatan Harapan Sabah tangguh lancar manifesto ke Ahad
Published on: Thursday, November 20, 2025
Published on: Thu, Nov 20, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pakatan Harapan Sabah tangguh lancar manifesto ke Ahad
Kota Kinabalu: Pelancaran manifesto Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 yang dijadualkan hari ini (Khamis) ditangguhkan sehingga Ahad ini berikutan isu penterjemahan, kata Timbalan Pengerusi DAP Sabah Datuk Chan Foong Hin. 

Chan, yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru, berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud. 

Advertisement
“Saya baru sahaja berhubung dengan Datuk Mustapha Sakmud... dia beritahu saya (pelancaran manifesto itu) ditangguhkan kepada Ahad ini... Khamis tidak sempat... kerana ada isu penterjemahan,” katanya.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata demikian kepada pemberita selepas program Taklimat Kesedaran Pengumpulan Minyak Masak Terpakai di Kampung Torong Logong, Pulau Gaya, Rabu.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Selasa lepas, Mustapha memaklumkan media bahawa PH akan melancar manifesto pada Khamis dengan fokus utama menubuhkan tabung khas bagi rakyat Sabah, selain memberi penekanan kepada penyelesaian isu-isu asas di negeri itu.

Chan juga berkata sebagai antara individu yang terlibat dalam proses pendrafan dokumen itu, manifesto PH adalah realisitik, tidak menjanjikan "bulan dan bintang" kerana hanya berkisar tentang memenuhi keperluan asas rakyat.

Advertisement
Beliau turut menepis kritikan yang mendakwa anggaran kos projek pembinaan kompleks sekolah baharu yang dikhususkan untuk Pulau Gaya adalah tidak wajar sambil menegaskan bahawa akses kepada pendidikan tidak seharusnya dinilai dengan harga, dan ia bukan bermotifkan pilihan raya.

“Saya ada atau tidak ada, projek itu tetap berjalan... cuma saya mengetahui rancangan pelaksanaannya lebih awal kerana saya berada dalam pentadbiran kerajaan.

Advertisement
“Sebagai kerajaan, kita tidak boleh menafikan hak pelajar untuk mendapat pendidikan kerana pendidikan adalah untuk semua dan tidak ternilai harganya… kita tidak boleh meletakkan harga pada ilmu, jadi saya rasa (dakwaan bahawa projek) ini (terlalu mahal adalah) satu tanggapan yang salah dan memainkan sentimen,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here