Kota Kinabalu: Peminat golf berpeluang menikmati hari sukan dan persahabatan yang dinamik dan berwarna-warni pada Terbuka Campuran Greensome SGCC 2025 yang julung kali diadakan di Sabah Golf & Country Club (SGCC).
Acara berpasukan campuran yang dianjurkan oleh jawatankuasa kapten SGCC 2025/2026 ini akan menggunakan format satu pukulan - pukulan bergantian.
Pengerusi penganjur William Chee berkata untuk menambah sentuhan strategik pada permainan, setiap pasukan campuran (1 lelaki + 1 perempuan) akan melakukan tee off pada setiap lubang, pukulan tee yang lebih baik kemudian akan dipilih sebelum pukulan berselang-seli sehingga bola ke lubang.
“Format yang menarik ini memastikan kedua-dua pemain memberi sumbangan yang sama dan mengekalkan rentak yang menarik sepanjang pusingan.
“Handicaps akan digabungkan dan dipuratakan untuk menentukan handicap pasukan. Contohnya, pemain lelaki dengan 24 handicap dan seorang pemain wanita dengan 36 handicap akan membentuk team handicap 30. Maksimum handicap individu yang dibenarkan ialah 24 untuk lelaki dan 36 untuk wanita.
“Pemain akan bermain tee dari tee yang ditetapkan - biru untuk lelaki dan merah untuk wanita - dengan kejohanan bermula pada sesi petang,” katanya dalam sidang media pada Selasa.
Presiden kelab Ian Yong berkata mereka mendapat sambutan menggalakkan dengan kira-kira 40 pasukan dari dalam Sabah telah mengesahkan penyertaan setakat ini, dan mereka menyasarkan 50 pasukan secara keseluruhan termasuk dari negeri lain.
“Idea penganjuran kejohanan ini yang julung kali diadakan di Sabah tercetus kerana sebagai kelab perdana, kami memutuskan untuk melakukan sesuatu yang berbeza.
“Kami mahu menyatukan kelab-kelab di Sabah dan luar negeri bersama-sama membentuk persaudaraan dalam sukan ini.
“Pada masa yang sama, kami juga cuba menarik lebih ramai golongan muda yang bekerja dan juga wanita untuk menyertainya, walaupun kami telah menerima beberapa penyertaan ramai gandingan muda,” katanya.
Yuran penyertaan ialah RM90 setiap pemain (ahli SGCC) dan RM130 bukan ahli dan ia termasuk penggunaan kereta, penyampaian hadiah, dan minum petang.
Tiga kategori utama yang akan dipertandingkan ialah juara gross berpasukan, kategori nett A (50% lebih rendah daripada handicap) dan kategori nett B (50% lebih tinggi daripada handicap).
Hadiah wang tunai antara RM200 hingga RM800 akan diberi kepada enam penamat terbaik dalam setiap kategori dan jawatankuasa berhak untuk melaraskan nilai hadiah atau kategori mengikut keperluan.
Di samping itu, akan terdapat hadiah-hadiah baharu seperti “Bulls Eye On The Fairway” & “Chip into the Bucket”, serta hadiah khas “Pasukan Berpakaian Terbaik” untuk meraikan fesyen dan personaliti di lapangan permainan.
Mereka yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi pejabat di (+06)088-247533, Whatsapp @(+060) 11-58855251 atau e-mel sgcckk.snr@gmail.com.