Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Sabah Maju Bersama Madani pertaruhan PKR
Published on: Monday, September 15, 2025
Published on: Mon, Sep 15, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Sabah Maju Bersama Madani pertaruhan PKR
PELANCARAN jentera pilihan raya Dun N.61 Segama oleh Nurul Izzah.
LAHAD DATU: Moto ‘Sabah Maju Bersama Madani’ menjadi pertaruhan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam misi membangun dan membawa negeri Sabah ke arah yang jauh lebih baik.

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata segala usaha yang dilaksanakan oleh PKR dibawah Presiden parti perlu diamati khususnya dalam memperkasa negeri Sabah.

Advertisement
“Usaha ini termasuklah Peruntukan Khas Interim Sabah yang pertama kali dilaksanakan dalam sejarah pada tahun 2024 dan diteruskan pada tahun ini.

“Ini bermaksud moto ‘Sabah Maju Bersama Madani, Segama Maju Bersama Madani’ menjadi penaruh harapan kami bagi misi membangun negeri Sabah,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Nurul Izzah berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Dun N.61 Segama di Dataran Uptown I-Peak, Sabtu.

Turut hadir ialah Ketua Cabang PKR Lahad Datu, Romansa Lamin serta barisan pimpinan Umno Bahagian Lahad Datu diketuai oleh Ketua Bahagian, Sharif Musa Sharif Mabul.

Advertisement
Menurut Nurul Izzah, selain dari misi berkenaan, kehadiran beliau juga bertujuan bagi meraikan usaha Ketua Cabang dan pimpinan PKR negeri Sabah untuk mengusahakan pelancaran jentera.

Katanya, pelancaran jentera ini menunjukkan kesiapsagaan PKR menjelang PRN dan pasca PRN kerana usaha menyantuni rakyat harus sentiasa berterusan.

Advertisement
Dalam pada itu, Nurul Izzah juga menyambut baik kerjasama padu dengan pimpinan Barisan Nasional (BN) setempat.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Sabah, Datuk Peto Galim berkata, pelancaran jentera ini membawa maksud bahawa PKR Sabah sudah bersedia untuk menghadapi PRN pada bila-bila masa.

Peto mengharapkan tawaran yang diberikan oleh PKR termasuk meletakkan calon yang berpandangan jauh, berpotensi dan mempunyai karisma untuk membantu rakyat dapat memberi keyakinan kepada rakyat, termasuk di Dun Segama.

“Saya harap tawaran yang jelas kita berikan buat rakyat kawasan Segama memberi keyakinan kepada pemilih dan pengundi di kawasan ini supaya beri kita peluang.

“Kita menawarkan cara pimpinan yang agak berlainan kerana kita mendukung reformasi dan sentiasa mendukung serta menyantuni rakyat,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here