Sun, 24 May 2026
Headlines:
Malaysia Airports Holdings Bhd tingkat pemantauan sistem paip di KKIA
Published on: Friday, May 22, 2026
Published on: Fri, May 22, 2026
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
Malaysia Airports Holdings Bhd tingkat pemantauan sistem paip di KKIA
SEBANYAK 196 kubikel tandas disediakan untuk kegunaan pengguna di KKIA.
MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) akan mempertingkat usaha pemantauan terhadap sistem paip dalaman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bagi mengurangkan risiko kejadian paip pecah yang boleh mengganggu keselesaan penumpang.

Seorang jurucakap Malaysia Airports Holdings Bhd berkata kerja-kerja penyelenggaraan berjadual serta pemeriksaan dilaksanakan secara berkala di semua kemudahan dan perkhidmatan di KKIA sebagai sebahagian daripada program penyelenggaraan pencegahan.

Advertisement
“Ini termasuk penyelenggaraan harian kemudahan tandas serta pemeriksaan dan servis bulanan sistem pemadam kebakaran, termasuk komponen yang terletak di bahagian atas siling,” katanya.

KERJA-KERJA pembersihan dan pemulihan  dijalankan di kawasan berhampiran tandas terjejas di Balai Berlepas selepas kerja pembaikan selesai.Beliau menjelaskan kemudahan sanitasi di KKIA merangkumi 196 ruang tandas, 26 bilik stor janitorial dan empat bilik tukar lampin, termasuk tandas lelaki, wanita dan OKU.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jurucakap itu berkata demikian sebagai maklum balas terhadap sebuah video berdurasi sembilan saat yang tular di media sosial baru-baru ini, memaparkan air mengalir dari siling berhampiran pintu masuk salah satu tandas wanita di KKIA.

Seorang pembaca Hotline yang melihat rakaman itu mempersoalkan bagaimana paip yang mengalirkan sistem berkenaan boleh mengalami masalah dalam tempoh singkat, sedangkan tandas tersebut baru sahaja dinaik taraf oleh pihak MAHB.

Advertisement
“Ini menimbulkan kebimbangan serius terhadap aspek penyelenggaraan dan keselamatan, terutama selepas RM11.8 juta diperuntukkan bagi naik taraf tandas. 

“Pelancong sepatutnya disambut dengan kemudahan yang baik, bukan ‘air terjun’ di pintu masuk lapangan terbang,” ujarnya.

Advertisement
Jurucakap itu mengesahkan berlaku kebocoran di beberapa tandas di lapangan terbang berkenaan, dan memaklumkan bahawa satu “penutup sistem pemercik api (fire sprinkler cap)” di bahagian atas siling tiba-tiba pecah pada Selasa.

Beliau berkata pasukan juruteknik KKIA segera dikerahkan bagi menguruskan keadaan serta memastikan keselamatan penumpang terjamin.

“Selepas mengenal pasti punca, bekalan air yang mengalir melalui sistem pemercik tersebut segera ditutup bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dijalankan.

“Kawasan sekitar tandas turut ditutup sementara sebagai langkah keselamatan,” jelasnya.

Beliau berkata pergerakan pengguna lapangan terbang dan operasi di KKIA tidak terganggu sama sekali ketika kejadian kebocoran itu ditangani.

Jurucakap itu juga menolak dakwaan bahawa penumpang telah menyaksikan kejadian kebocoran sebaik tiba di KKIA dengan menjelaskan bahawa tandas wanita yang terlibat terletak di dalam Balai Berlepas di Aras 2 lapangan terbang berkenaan.

SATU tangkap layar daripada video tular menunjukkan air mengalir dari siling sejurus di pintu masuk tandas wanita.“Insiden itu berlaku pada jam 10.40 pagi dan diselesaikan sepenuhnya dua jam kemudian. Kawasan terlibat telah dibersihkan dan operasi kembali seperti biasa sekitar jam 12.40 tengah hari,” maklumnya.

Apabila ditanya mengenai bagaimana syarikat itu boleh menjelaskan kejadian kebocoran tersebut memandangkan kos besar telah diperuntukkan untuk naik taraf tandas KKIA, jurucakap itu menegaskan bahawa insiden berkenaan tidak berkaitan dengan sebarang masalah tandas atau kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan baru-baru ini.

“Sistem pemercik api tidak mempunyai kaitan dengan sistem sanitasi lapangan terbang dan oleh itu tidak termasuk dalam kerja-kerja naik taraf tandas di sini,” katanya.

Pada hujung Januari lalu, syarikat itu mengumumkan bahawa RM11.8 juta akan dibelanjakan untuk kerja-kerja pengubahsuaian tandas di KKIA.

Projek naik taraf itu dilaksanakan bagi memodenkan kemudahan berkenaan dengan tujuan memastikan ia selari dengan piawaian antarabangsa dari segi kebersihan dan kebolehcapaian, menurut pihak pengurusan.

Satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada masa itu menjelaskan bahawa kerja-kerja tersebut melibatkan penanggalan dan penggantian sepenuhnya sistem paip, kerja kalis air, penambahbaikan sistem saliran, naik taraf sistem mekanikal dan elektrikal tertentu serta pemasangan kelengkapan tandas yang direka untuk penggunaan trafik tinggi.

MAHB menganggarkan jutaan penumpang menggunakan lapangan terbang itu setiap tahun, yang telah beroperasi lebih 20 tahun.

Fasa pertama kerja-kerja naik taraf tandas disiapkan pada Mac 2025 manakala fasa kedua siap bulan lalu.

Pihak pengurusan menegaskan bahawa penambahbaikan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan KKIA kekal selamat, berfungsi dengan baik dan memenuhi keperluan operasi, selain menyokong permintaan penumpang yang berterusan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here