Thu, 7 May 2026
Headlines:
DBKK dan SSD tingkat pemantauan elak pencemaran efluen di Kg Air
Published on: Tuesday, May 05, 2026
Published on: Tue, May 05, 2026
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
DBKK dan SSD tingkat pemantauan elak pencemaran efluen di Kg Air
PETUGAS FSQ melakukan pemeriksaan bagi memastikan perangkap minyak dipasang dengan betul di sebuah premis makanan di Kg Air minggu lalu.
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPPS) bekerjasama bagi mengurangkan risiko pencemaran efluen yang boleh menjejaskan kawasan awam sekitar Kg Air termasuk Lorong Sentosa.

Usaha itu melibatkan tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan perangkap minyak di premis makanan di kawasan berkenaan selain peningkatan kerja-kerja penyelenggaraan sistem pembetungan di deretan rumah kedai.

Advertisement
Jurucakap DBKK berkata sebanyak 12 pengusaha makanan di Kg Air telah dikenakan kompaun awal tahun ini kerana gagal mematuhi syarat berkaitan pemasangan dan penyelenggaraan perangkap minyak dalam operasi bersama Jabatan Kesihatan Persekitaran (EHD) dan JPPS.

JURUTEKNIK JPPS bekerja keras menjalankan kerja-kerja  pam keluar efluen serta pembersihan dan penyodokan paip pembetung di Lorong Sentosa.Menurutnya kompaun sehingga RM500 boleh dikenakan di bawah Undang-Undang Kecil Premis Makanan dan Minuman DBKK 1966.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Daripada jumlah itu tujuh pengusaha didapati tidak menyelenggara perangkap minyak dengan baik, manakala dua lagi langsung tidak memasang peralatan tersebut di premis mereka,” katanya.

Beliau berkata baki kes pula melibatkan pelepasan sisa minyak terus ke dalam longkang awam serta kegagalan memasang perangkap minyak mengikut spesifikasi DBKK khususnya pada bahagian sambungan T serta saluran masuk dan keluar.

Advertisement
Jurucakap itu turut memaklumkan bahawa salah satu premis yang dikenakan tindakan berada di Lorong Sentosa di mana pemeriksaan susulan oleh Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan (FSQ) DBKK telah dijalankan pada pertengahan Mac dan awal April lalu.

Pegawai FSQ DBKK telah melakukan pemeriksaan sekali lagi ke atas premis berkenaan pada pertengahan Mac dan awal April menurut beliau.

Advertisement
“Pemilik premis makanan telah diberi arahan secara lisan pada peringkat awal supaya segera memasang perangkap minyak. 

“Dalam pemeriksaan susulan petugas FSQ mendapati beliau telah membeli peralatan tersebut, namun perangkap itu hanya dipasang sebagai hiasan sahaja. Ia diletakkan di bawah sinki tetapi tidak disambungkan langsung,” ujarnya.

SEBUAH lori tangki berkapasiti  8,000 liter turut digunakan bagi  memudahkan kerja-kerja nyah  enapcemar tersebut.Beliau berkata pemilik premis itu dikenakan kompaun lebih tinggi pada ketika itu kerana tidak mengambil serius arahan pihak berkuasa.

“Petugas FSQ kembali ke premis tersebut minggu lalu dan berpuas hati apabila mendapati perangkap minyak telah dipasang dengan betul seperti sepatutnya. Pegawai Kesihatan turut memberi nasihat teknikal kepada pekerja mengenai cara membersihkan peralatan itu serta melupuskan gumpalan lemak yang terperangkap,” tambahnya.

Jurucakap itu menegaskan bahawa sisa minyak yang masuk ke dalam perangkap perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali seminggu jika tidak setiap hari.

“Jangan hanya membersihkan perangkap apabila ia sudah benar-benar perlu dibersihkan,” katanya.

Beliau berkata adalah penting untuk memastikan sisa minyak masakan daripada dapur komersial diuruskan dengan bertanggungjawab.

“Gumpalan lemak tersebut perlu dikeluarkan menggunakan alat pengaut khas dan diletakkan dalam bekas bertutup sebelum dilupuskan dengan betul.

“Pelupusan ini sama sekali tidak boleh dilakukan dengan membuangnya ke dalam saluran air awam,” ujarnya.

Selain itu pengusaha makanan juga perlu mengelakkan sebarang pengubahsuaian pada perangkap minyak dan mematuhi spesifikasi yang diluluskan pihak berkuasa.

“Sambungan berbentuk ‘T-joint’ juga perlu dipasang sebelum saluran keluar peralatan tersebut dan ia tidak boleh disambungkan terus ke sistem saliran premis,” maklum beliau.

Seorang jurucakap Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPPS) mengakui bahawa pihaknya berdepan cabaran dalam mengurangkan masalah limpahan lurang yang menyebabkan gangguan di Lorong Sentosa.

“Kami dimaklumkan bahawa efluen telah meresap melalui penutup lurang berbentuk segi empat dan mengotorkan kawasan awam di sini sejak sekian lama,” katanya.

Beliau berkata pengusaha premis yang melaporkan masalah itu turut mengadu bau busuk daripada laluan pejalan kaki sepanjang kira-kira 26 meter.

“Kita berpendapat bau tersebut menjejaskan perniagaannya kerana ramai pelanggan berpotensi tidak berminat untuk datang akibat bau kurang menyenangkan yang memenuhi lorong belakang premisnya,” tegasnya.

Menurutnya pemeriksaan awal telah dijalankan sebaik sahaja aduan diterima.

“Pegawai kami membuka ruang pemeriksaan (inspection chamber) bagi lurang yang bermasalah di kawasan tersebut dan mendapati efluen berada pada paras hampir penuh,” jelasnya.

Menurutnya sisa lemak, minyak dan gris (FOG) turut didapati terkumpul serta membeku di bahagian dalam beberapa paip di bawah sistem saliran berkenaan.

“Kami mengesyaki ada pihak yang mungkin membuang minyak masakan terpakai ke dalam saluran pembetung,” katanya.

Jurucakap berkenaan berkata sebuah lori tangki milik Jabatan telah digerakkan ke kawasan tersebut. Kenderaan berkenaan mampu menampung sehingga 8,000 liter efluen.

“Tiga juruteknik kami terlibat dalam kerja-kerja mengepam keluar sisa dari lurang berkenaan. Mereka turut menjalankan kerja ‘sewer-rodding’ bagi memecahkan ketulan besar lemak, minyak dan gris (FOG) yang menyumbat paip,” katanya.

Beliau berkata langkah itu diambil bagi memberikan kelegaan kepada orang ramai di kawasan bandar berkenaan.

“Berdasarkan maklum balas pengusaha premis, kami akan berusaha untuk menjalankan kerja nyah enap cemar (de-sludging) di kawasan ini dengan lebih kerap bagi mengurangkan masalah pembetungan yang dialami beliau dan pengusaha lain,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here