Sun, 17 May 2026
Headlines:
Malaysia tak pertimbang permohonan berkait pengampunan Jho Low, kata Anwar
Published on: Friday, May 15, 2026
Published on: Fri, May 15, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Malaysia tak pertimbang permohonan berkait pengampunan Jho Low, kata Anwar
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Malaysia tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan pengampunan melibatkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho. (Gambar fail)
SEREMBAN: Malaysia tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan pengampunan melibatkan ahli perniagaan yang menjadi buruan pihak berkuasa, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata bagi kerajaan Malaysia isu itu tidak timbul kerana prosiding mahkamah melibatkan individu berkenaan masih berjalan.

Advertisement
“Tiada isu, kita tidak akan mempertimbangkannya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026, di sini hari ini.

Ditanya sama ada kerajaan akan membantah secara rasmi sebarang tindakan oleh Amerika Syarikat (AS) berhubung perkara itu, Anwar berkata: “Bagi pihak kita, kita tidak akan mengambil pendekatan itu … namun sudah tentu apa jua keputusan AS ia urusan mereka sendiri.”

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Perdana menteri berkata beliau juga tidak dimaklumkan mengenai sebarang permohonan pengampunan yang dikemukakan oleh Jho Low.

“Kita telah menjelaskannya dengan sejelas-jelasnya, ia tidak menjadi isu. Walaupun dia (Jho Low) ada kemuka permohonan (pengampunan), ia bukan perkara yang perlu kita bincangkan kerana dia masih melalui proses perundangan di mahkamah,” kata beliau.

Advertisement
Dua hari lepas, media asing melaporkan Jho Low yang didakwa oleh AS sebagai dalang satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah, dipercayai telah mengemukakan permohonan pengampunan kepada Presiden Donald Trump beberapa minggu yang lepas.

Menurut laporan itu, kelulusan permohonan berkenaan akan menyebabkan pertuduhan jenayah di AS terhadap Jho Low digugurkan.

Advertisement
Laporan itu turut menyatakan laman web Jabatan Kehakiman AS menyenaraikan permohonan atas nama Taek Jho Low sebagai ‘pending’ bagi ‘Pardon after Completion of Sentence’.

Ahli perniagaan itu didakwa pada 2018 kerana menyeleweng kira-kira USD4.5 bilion (RM17.7 bilion) daripada dana 1MDB, namun masih bebas dan diburu pihak berkuasa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here