Sun, 10 May 2026
Headlines:
Lampu solar tingkat keselamatan, keselesaan penduduk
Published on: Friday, May 08, 2026
Published on: Fri, May 08, 2026
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Lampu solar tingkat keselamatan, keselesaan penduduk
ANTARA lampu solar yang telah dipasang di kawasan berdekatan jalan utama di Kampung Getah, Kunak.
KUNAK: Pemasangan lampu solar di kampung-kampung sekitar daerah ini sudah mula dilaksana mengikut peringkat khususnya di kawasan penempatan termasuk jalan dan simpang utama yang berisiko tinggi pada waktu malam.

Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak Datuk Seri Anil Sandhu berkata ia bertujuan meningkatkan pencahayaan dan menjamin keselamatan penduduk serta pemandu kenderaan.

Advertisement
“Inisiatif berkenaan yang dilaksana mengikut peringkat dan keutamaan bagi membantu memperluas akses pencahayaan di kawasan perumahan dan laluan kenderaan.

“Penyediaan kemudahan lampu solar ini juga sebagai alternatif berkesan tanpa bergantung sepenuhnya terhadap bekalan yang dijana oleh kuasa elektrik”, katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berharap langkah itu dapat memberi persekitaran yang lebih selamat khususnya pada waktu malam di samping meningkatkan kualiti hidup komuniti luar bandar melalui penggunaan teknologi tenaga hijau yang mesra alam.

Mengulas lanjut Anil memaklumkan projek terbabit merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pejabat Perhubungan Adun dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dalam menyedia infrastruktur asas yang lebih baik bagi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Advertisement
Bagaimanapun beliau menggesa komuniti setempat agar bersama-sama menjaga infrastruktur awam yang disediakan termasuklah kemudahan lampu solar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here