Tue, 19 May 2026
Headlines:
Aktiviti pemunggahan hasil laut Pangkalan Madai cetus kebimbangan
Published on: Monday, May 18, 2026
Published on: Mon, May 18, 2026
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Aktiviti pemunggahan hasil laut Pangkalan Madai cetus kebimbangan
Anil berkata beliau amat menghargai keprihatinan penduduk yang tampil menyuarakan pandangan secara baik dan teratur. 
KUNAK: Aktiviti pemunggahan hasil laut yang beroperasi di Pangkalan Madai di bawah kendalian syarikat swasta ketika ini dikatakan kurang efektif dan efisien ekoran laluan sempit vesel-vesel nelayan selain menimbulkan isu pencemaran bau terhadap persekitaran yang menjejaskan kesejahteraan penduduk berhampiran.

Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak Datuk Seri Anil Sandhu berkata beliau turut menerima surat bantahan daripada penduduk Kampung Pangkalan Madai berhubung isu operasi sebuah syarikat yang mengendalikan operasi pemunggahan hasil laut di kawasan yang kurang strategik selain menimbulkan bau busuk yang mencemarkan udara.

Advertisement
“Saya memandang serius segala kebimbangan yang disuarakan oleh penduduk khususnya berkaitan isu pencemaran dan kesan terhadap kesejahteraan masyarakat setempat.

“Sebelum ini saya juga telah menyatakan komitmen untuk meneliti semula lokasi tempat berlabuh kapal-kapal nelayan untuk memunggah hasil tangkapan laut mereka”, katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya dua lokasi strategik yang boleh dinilai oleh pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan untuk menempatkan vesel-vesel nelayan memunggah hasil laut termasuk cadangan di Jeti Kampung Pangkalan Kunak atau Jeti di Hampilan, Pangi.

“Cadangan ini penting bagi mengurangkan risiko pencemaran serta memastikan persekitaran bersih, teratur dan selamat untuk penduduk sekitar,” ujarnya.

Advertisement
Beliau juga akan membawa perkara tersebut dalam perbincangan bersama pihak berkepentingan agar satu penyelesaian terbaik dapat dicapai tanpa mengabaikan suara dan kepentingan rakyat serta pembangunan kawasan.

Anil berkata beliau amat menghargai keprihatinan penduduk yang tampil menyuarakan pandangan secara baik dan teratur. 

Advertisement
Tambahnya kerjasama semua pihak amat penting dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat diutamakan.

Majlis Daerah Kunak sejak tahun 2020 mengeluarkan arahan agar bot-bot nelayan memunggah hasil tangkapan mereka di Jeti pendaratan Pangkalan Madai milik syarikat swasta antara lain bagi mengurangkan kesesakan trafik di Jalan Pangkalan Kunak ke pasar ikan.

Bagaimanapun arahan itu telah ditarik semula pada Oktober 2021 berikutan bot-bot atau vesel nelayan boleh memilih sama ada mahu menggunakan Jeti Pendaratan Kampung Pangkalan bersebelahan pasar basah dibawah seliaan dan pemantauan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau jeti pendaratan milik swasta di Pangkalan Madai.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here