TONGOD: Juruaudit sebuah syarikat swasta Anne Theresse Justin Sentian, 28, dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Tongod 2026 pada sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah di Dewan Terbuka Dataran Rakyat Tongod, di sini pada Rabu.
Anne menerima wang tunai RM5,000 beserta selempang, trofi, jambatan bunga, sijil penyertaan dan mahkota.
Upacara pemahkotaan disempurnakan Unduk Ngadau Tongod 2025 Winddy Pearl Gibson.
Sementara itu, naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Nessly Januil dan Evee Eldaniera Patarik.
Nessly menerima wang tunai RM3,000 manakala Evee menerima RM2,000 serta sijil, tropi dan jambangan bunga, masing-masing.
Hadiah disampaikan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut Datuk Masiung Banah, Datin Grace Elvira Ewon Ebin.
Advertisement

Sementara tiga lagi jelitawan yang turut bertanding pada pertandingan akhir Layrinecia Patarik, Nethilda Robert dan Ivy Danius masing-masing menerima RM800 dan sijil penyertaan.
Nethilda turut diumumkan sebagai Miss Popular menerusi undian di media sosial rasmi Unduk Ngadau Kaamatan Daerah Tongod 2026 dengan hampir 200 undian.