SANDAKAN: Dovena Jessie Isabell Daniel dinobatkan sebagai Unduk Ngadau KDCA Rancangan Sungai Manila 2026 sempena sambutan Pesta Kaamatan yang diadakan di Dewan PPR Taman Muhibah, Batu 12, di sini, Ahad lalu.
Dovena yang merupakan seorang pramugari menerima wang tunai RM2,000, selempang, mutiara, jambangan bunga, trofi dan hamper.
Advertisement
X500px(H).jpg)
Naib juara dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Fenny Joseph dan Florence Satiau.
Fenny menerima wang tunai RM1,000 bersama trofi, hamper dan jambangan bunga manakala Florence membawa pulang wang tunai RM800, trofi dan jambangan bunga.
Tempat keempat hingga ketujuh dimenangi oleh Revaney Roger Anjid, Genevee Hazel Gilbert, Avy Olvera Jairon dan Arvelyn Jalin.
Hadiah disampaikan oleh Merdiline Albaris, isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manila Hazem Mubarak Musa.
Hazem yang juga Pengerusi Sawit Kinabalu merasmikan acara terbabit.