KOTA MARUDU: Aelvereny Vahidin dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Kota Marudu 2026 selepas menewaskan 11 lagi peserta akhir pada sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah di astaka padang daerah pada Ahad.
Aelvereny membawa pulang wang tunai RM5, 000, mahkota, selempang, trofi, dan jambangan bunga sekali gus mewakili Kota Marudu ke pertandingan UNK peringkat negeri di KDCA Penampang pada hujung bulan ini.
Advertisement
X500px(H).jpg)
Naib johan Sunshine Ros Samcion Tadle membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3,000 dan hadiah iringan manakala tempat ketiga disandang oleh Audrey Tia Terence yang menerima wang tunai RM2, 000 beserta hadiah iringan.
Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Sedcovest Holdings Sdn Bhd yang juga Penaung III Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kota Marudu 2026 Datuk Redonah Bahanda.