Sat, 23 May 2026
Headlines:
Masalah air di Tongod dijangka diatasi
Published on: Friday, May 22, 2026
Published on: Fri, May 22, 2026
By: Syah Abdul Rahman
Text Size:
Text:
Masalah air di Tongod dijangka diatasi
Hajiji berkata, walaupun Sabah terus menuntut haknya termasuk berkaitan hasil negeri, hubungan dengan kerajaan Persekutuan tidak seharusnya dikeruhkan.
HAJIJI menegaskan hubungan baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan perlu terus diperkukuh bagi memastikan agenda pembangunan Sabah dapat dilaksanakan secara berkesan.

Beliau berkata, walaupun Sabah terus menuntut haknya termasuk berkaitan hasil negeri, hubungan dengan kerajaan Persekutuan tidak seharusnya dikeruhkan.

Advertisement
“Jangan kerana menuntut hak negeri, kita keruhkan hubungan dengan Persekutuan. Sebaliknya, kita perlu bangunkan Malaysia bersama-sama.

“Sabah adalah negeri yang sama-sama membentuk Malaysia, jadi apa yang kita buat mesti dilaksanakan bersama supaya Sabah terus maju ke hadapan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata, pendekatan perbincangan secara berhemah dan saling menghormati antara kerajaan negeri dan Persekutuan telah membolehkan lebih banyak kuasa diserahkan kepada Sabah.

Katanya, pada April lalu, kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyerahkan kuasa kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dengan peruntukan melebihi RM4 bilion.

Advertisement
“Inilah yang kita selalu bincang dengan kerajaan Persekutuan. Jika kita berbincang secara berhemah dan saling menghormati, banyak urusan yang sebelum ini dikendalikan Persekutuan kini telah diturunkan kepada negeri.

“Sejak lima tahun kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang saya pimpin, banyak kuasa telah diserahkan kepada Sabah, antaranya projek bekalan air luar bandar termasuk di Tongod,” katanya.

Advertisement
Hajiji berkata, masalah bekalan air yang dihadapi penduduk Tongod dijangka dapat diatasi menerusi pelaksanaan projek BALB yang kini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Beliau berharap Tongod turut menerima manfaat daripada peruntukan lebih RM4 bilion yang disalurkan KKDW tahun ini.

Menurutnya, walaupun hasil Sabah dijangka meningkat pada masa depan termasuk menerusi bayaran cukai bersih 40 peratus, negeri itu masih memerlukan kerjasama Persekutuan untuk terus berkembang.

“Jangan kita gaduh dengan Persekutuan. Untuk bangunkan Sabah, kita tetap perlukan kerjasama dan sokongan mereka,” katanya.

Sementara itu itu, Masiung berkata penganjuran Pesta Kaamatan kali ini amat bermakna kerana ia merupakan program berskala besar pertama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Hajiji kerana terus memberi perhatian kepada pembangunan Tongod.

“Kita amat bertuah kerana ini kali keempat Ketua Menteri hadir ke Tongod dan beliau tidak pernah datang dengan tangan kosong.

“Antara pencapaian besar ialah lebih 2,000 penduduk menerima geran tanah selain penyerahan geran tambahan yang akan diteruskan sebagai sebahagian pengisian program,” katanya.

Masiung berkata Kaamatan bukan sekadar tradisi kebudayaan, tetapi simbol kesyukuran atas hasil tanaman khususnya padi yang menjadi sumber penting dalam menjamin bekalan makanan rakyat.

“Apabila politik stabil, hasil yang kita tuai ialah kemajuan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here