Sat, 23 May 2026
Headlines:
Kumpul 99 pain darah buat Hospital Kudat
Published on: Thursday, May 21, 2026
Published on: Thu, May 21, 2026
Text Size:
Text:
Kumpul 99 pain darah buat Hospital Kudat
SEBAHAGIAN penderma darah.
PENAMPANG: Gereja Basel Christian Church of Malaysia Donggongon berjaya mengumpul 99 pain darah menerusi kempen derma darah bagi membantu bank darah Hospital Kudat yang berlangsung di Pusat Beli-Belah ITCC pada Sabtu lalu.

Setiap penderma menerima sekampit beras 5 kilogram serta beg cenderahati mengandungi produk makanan kering, minuman berbungkus dan makanan ringan.

Advertisement
Turut membantu ialah Pembantu Perubatan Hospital Kudat Firdaus Mapaas, Pegawai Perhubungan Awam Syarqawi Rambli serta Jururawat Rosnih Rahim dan Fazariah Ruhili.

Menurut Pengerusi Penganjur Kenny Yong Kui Kiong berkata seramai 128 orang mendaftar untuk menderma darah namun hanya 99 berjaya kerana selebihnya tidak memenuhi syarat kelayakan standard.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua penaja, ahli gereja, orang awam dan pasukan Hospital Kudat atas sumbangan mereka dalam menjayakan kempen hari ini,” katanya sambil menambah pihak pengurusan ITCC menaja lokasi program terbabit.

Turut hadir ialah Pengerusi Basel Christian Church of Malaysia Donggongon Lee Yun Siong, Pastor Datuk Dr Rev Voo Thien Fui, Menteri Kebajikan gereja Kendy Shim serta Pembantu Eksekutif ITCC Donald Stephen Malinggang II yang mewakili pihak pengurusan pusat beli-belah itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here