Mon, 4 May 2026
Headlines:
Advertisement
Sabah mampu kumpul pemain berbakat
Published on: Sunday, May 03, 2026
Published on: Sun, May 03, 2026
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Sabah mampu kumpul pemain berbakat
ASYRAAF (berkerusi roda) bersama pasukan Pantai Barat.
Kota Kinabalu: Presiden Persatuan Bola Sepak Kudung Sabah (Peboks) Mohd Asyraaf Fong Abdullah yakin Sabah mampu melahirkan sekumpulan pemain yang cukup berbakat untuk mewakili negara.

Katanya, ketika ini terdapat empat pemain dari negeri itu yang berada dalam pasukan kebangsaan iaitu Fatnee Sardun, Muhd ​​Shahnizam, Louis Simon dan Mat Ridwan.

Advertisement
Mohd Asyraaf melahirkan keyakinan ramai lagi yang akan mengikuti jejak mereka selepas kejayaan Kejohanan Bola Sepak Kudung Sabah yang julung kali diadakan di Padang Sintetik UMS pada Sabtu.

“Kejohanan ini bagi memberi peluang kepada masyarakat kudung bertanding mengikut moto ‘Satu kaki, Satu tangan, Satu Misi’.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ia juga menjadi platform untuk memilih pemain bagi mewakili pasukan negeri pada Kejohanan Kebangsaan, Jun depan di Johor Bahru.

“Setakat ini, saya dapat lihat sekurang-kurangnya ada seorang atau dua daripada pasukan Zon Pedalaman yang boleh mewakili negara pada masa hadapan,” katanya.

Advertisement
Sebanyak tiga pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan lima sebelah itu. Zon Pantai Barat terdiri daripada pemain Kota Kinabalu, Papar dan Penampang, Zon Pedalaman dengan pemain Keningau, Sook, Nabawan, Tambunan, Tenom, Sipitang, manakala satu lagi pasukan (TUT) adalah pemain dari Tuaran, Pantai Timur dan Utara.

Pantai Barat dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan TUT 3-2 pada perlawanan akhir untuk membawa pulang hadiah kemenangan RM1,000 manakala finalis yang kalah menerima RM500.

Advertisement
Pemain kebangsaan, Shahnizam, yang menjaringkan hatrik pada perlawanan akhir untuk Pantai Barat juga merupakan penjaring terbanyak dalam pertandingan itu dengan sembilan gol.

Dalam pertandingan sepakan penalti, pasukan Tiger West menjadi pemenang dengan kemenangan 3-2 ke atas Lounduz FC pada perlawanan akhir.

Mereka menerima hadiah wang tunai RM500 manakala Lounduz FC menerima RM300.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here