Fri, 1 May 2026
Headlines:
Advertisement
‘Satu daerah, satu hospital’ tidak realistik: Rahman Dahlan
Published on: Wednesday, April 29, 2026
Published on: Wed, Apr 29, 2026
By: Samantha Sulit
Text Size:
Text:
‘Satu daerah, satu hospital’ tidak realistik: Rahman Dahlan
RAHMAN (tengah) memotong reben sempena perasmian Pusat Penjagaan Primer yang baharu dibuka.
Kota Kinabalu: Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menggesa pendekatan “satu daerah, satu hospital” dikaji semula di Sabah kerana ia tidak lagi mencerminkan realiti yang dihadapi negeri ini.

Beliau berhujah bahawa pelaksanaan dasa yang sama secara menyeluruh di seluruh negara tidak mampu menangani keperluan penjagaan kesihatan di Sabah dengan berkesan.

Advertisement
“Kita tidak boleh lagi berpegang kepada peraturan lama ‘satu daerah, satu hospital’ kerana ia tidak adil kepada penduduk Lahad Datu, Kunak, Tawau, Sandakan dan kawasan Pantai Timur lain yang terpaksa bersaing mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan katil hospital dengan pendatang tanpa dokumen,” katanya ketika berucap merasmikan Pusat Penjagaan Primer Hospital UMS (HUMS).

Rahman menjelaskan bahawa Sabah berdepan tekanan unik daripada kehadiran pendatang tanpa dokumen yang meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan kesihatan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau turut mengaitkan tekanan dalam sektor kesihatan dengan persaingan sumber lain di negeri ini termasuk barangan bersubsidi seperti bahan api dan beras serta akses pengangkutan, sambil menegaskan bahawa pelbagai perkhidmatan asas turut terjejas.

“Negeri seperti Perlis, Pahang dan Sarawak tidak berdepan isu ini – hanya Sabah yang mengalaminya disebabkan kedudukan geopolitik dan jarak geografi yang dekat dengan kawasan yang menyumbang kepada jumlah pendatang tanpa dokumen yang tinggi,” katanya.

Advertisement
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar kawasan Pantai Timur mempunyai sekurang-kurangnya dua hingga tiga hospital bagi setiap daerah sebagai penyesuaian yang perlu berdasarkan permintaan sebenar.

Beliau turut menggesa kepimpinan universiti, profesional perubatan dan wakil politik di Sabah membawa perkara ini kepada perhatian Kerajaan Persekutuan, sambil menekankan keperluan perubahan dasar.

Advertisement
Menyentuh mengenai Pusat Penjagaan Primer yang baharu dibuka, Rahman berharap ia dapat mengurangkan kesesakan hospital, meningkatkan kesedaran kesihatan awam serta membantu orang ramai mendapatkan rawatan awal dan berkesan.

Beliau menambah pusat itu juga akan menjadi medan latihan penting kepada pelajar perubatan dan sains kesihatan UMS, bukan sahaja dalam aspek ilmu perubatan, tetapi juga nilai kemanusiaan, empati, belas ihsan dan tanggungjawab terhadap pesakit.

“Seorang doktor yang baik bukan hanya mampu membaca keputusan makmal atau membuat diagnosis. Doktor yang baik ialah yang membuat pesakit berasa didengari, dihormati dan diyakinkan,” katanya.

Sementara itu, Rahman yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif Suria Capital mencadangkan kerjasama global antara HUMS dan institusi perubatan utama dunia bagi mewujudkan kehadiran klinikal bertaraf dunia di Sabah.

Beliau berkata cadangan itu berdasarkan kelebihan geografi negeri ini yang terletak di tengah Asia serta kedudukan strategik dalam rantau Borneo.

“Kedudukan ini boleh menyokong pembangunan perkhidmatan kesihatan yang berhubung secara antarabangsa,” katanya.

Beliau menambah bkerjasama sedemikian mampu meningkatkan standard penjagaan kesihatan di negeri ini di samping melengkapkan usaha sedia ada untuk memperluas latihan dan perkhidmatan perubatan tempatan.

Katanya, idea itu akan dibincangkan dengan kepimpinan negeri dan pihak berkepentingan berkaitan termasuk dalam inisiatif pembangunan berkaitan pelaburan, memandangkan terdapat minat yang semakin meningkat untuk membangunkan infrastruktur hospital bertaraf dunia di Sabah.

“Saya berharap HUMS akhirnya dapat menjadi sebahagian daripada visi penjagaan kesihatan antarabangsa ini, selari dengan usaha lebih luas untuk meningkatkan akses dan kualiti rawatan di negeri ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here