Sun, 12 Apr 2026
Headlines:
Dua didenda RM5,000 kerana miliki racun
Published on: Saturday, April 11, 2026
Published on: Sat, Apr 11, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Dua didenda RM5,000 kerana miliki racun
KOTA KINABALU: Dua lelaki didenda RM5,000 setiap seorang atau empat bulan penjara jika gagal membayar denda itu kerana memiliki racun.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Amar Maruf Makruf, 42, dan Abdul Ayom Matsani, 27, selepas mereka mengaku bersalah secara berasingan terhadap pertuduhan yang dihadapi.

Advertisement
Amar Maruf didapati memiliki racun berjadual iaitu Mirtazapine seberat 3.51 gram di sebuah kawasan parkir pada jam 11.21 malam di kawasan bandar pada 18 Mei 2025.

Mirtazapine disenaraikan dalam Jadual Pertama di bawah Akta Racun 1952.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Amar melakukan perbuatan di bawah Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) Akta sama yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga empat tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Semasa mitigasi, Amar yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia mempunyai tiga anak untuk ditanggung.

Advertisement
Amar juga memaklumkan bahawa dia adalah seorang duda dan telah menjimatkan masa mahkamah dengan mengaku bersalah terhadap pertuduhan terbabit. 

Pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman pengajaran terhadap Amar atas alasan ia bukan kesalahan pertamanya kerana pernah menjalani hukuman penjara sebelum ini bagi kesalahan sama.

Advertisement
Bagi Abdul Ayom pula, dia didakwa memiliki 2,500 mililiter cecair mengandungi Mitragynine atau lebih dikenali sebagai ketum di laluan pejalan kaki berhampiran Jalan Menteri di sini pada 22 September 2025.

Mitragynine disenaraikan dalam Jadual Pertama dan Jadual Ketiga (Bahan Psikotropik) di bawah Akta Racun 1952.

Kesalahan itu di bawah Seksyen 30(3) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5) Akta sama itu membawa hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga empat tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis mewakili pihak pendakwaan manakala Abdul Ayom tidak diwakili peguam.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here