KOTA MARUDU: Seorang wanita berumur 50an cedera di kaki selepas terjatuh ke dalam longkang di kawasan pasar malam di sini pada petang Selasa, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tanggungjawab pihak berkuasa tempatan, dalam kes ini Majlis Daerah Kota Marudu.
Mangsa diselamatkan oleh orang ramai yang kebetulan berada di situ sebelum dibawa oleh anaknya menaiki kenderaan, dipercayai dibawa ke hospital untuk rawatan.
Advertisement
_E.jpg)
Difahamkan, wanita itu bukan mangsa pertama memandangkan kejadian sama sudah berlaku beberapa kali di tempat sama, menurut saksi.
Pasar malam itu, terletak berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu itu, beroperasi setiap hari dari jam 3 petang hingga 8 malam, menawarkan jualan sayur-sayuran, makanan laut, ayam, kuih muih, air balang, sayap panggang dan sebagainya.
Seorang peniaga yang hanya ingin dikenali sebagai Lin, 40an, berkata, mangsa yang jatuh ke dalam longkang itu sering dilihat menahan sakit, dipercayai ditimpa bongkah konkrit selain longkang yang agak dalam dan kotor.
Katanya, kawasan itu biasanya menjadi laluan utama kepada orang ramai yang ingin membeli sayur-sayuran, ikan dan kuih muih.
Advertisement

Seorang pengunjung yang hanya ingin dikenali sebagai Jusita, 30an berkata dia semakin bimbang dan merasa tidak selamat melalui kawasan terbabit.
Dia menggesa pihak berkuasa tempatan memandang serius perkara itu dengan menegaskan tentang isu keselamatan orang ramai.