Wed, 15 Apr 2026
Headlines:
Pastikan tangki simpanan air di tahap maksimum sebelum penutupan loji
Published on: Sunday, April 12, 2026
Published on: Sun, Apr 12, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Pastikan tangki simpanan air di tahap maksimum sebelum penutupan loji
Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja.
SANDAKAN: Jabatan Air Negeri Sabah (Jans) Sandakan akan memastikan semua tangki simpanan air berada pada tahap maksimum semasa 12 April sebagai langkah persediaan awal penutupan sementara Loji Segaliud bermula 13 April ini. 

Juruteranya Ts Nelly Juee Phillip berkata pihaknya akan melaksanakan pengagihan air melalui lori tangki dengan memberi keutamaan kepada kawasan kritikal seperti hospital serta permintaan daripada pengguna melalui saluran rasmi Jabatan Air. 

Advertisement
“Gangguan tersebut dikenalpasti berpunca daripada kecurian air yang serius. Justeru pemasangan meter air akan diberikan kepada penduduk yang berdaftar dan sebarang permohonan sambungan perlu dibuat melalui pemilik meter dengan bayaran caj yang ditetapkan oleh pemilik.

“Selain kecurian air, gangguan bekalan air juga disebabkan oleh kebocoran paip yang masih belum diselesaikan malahan masih terdapat paip yang terlalu uzur sehingga menyebabkan beberapa kebocoran boleh berlaku di satu lokasi sama. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sehubungan itu satu permohonan telah dikemukakan oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Warisan Sandakan agar audit terhadap peralatan (equipment audit) dilaksanakan bagi memastikan semua kerja yang dijalankan mencapai standard ditetapkan serta memenuhi jangkaan rakyat.

“Adun-Adun Parti Warisan Sandakan juga menyatakan komitmen untuk membawa perkara ini ke peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) agar tindakan yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan,” katanya.

Advertisement
Beliau memaklumkan perkara tersebut semasa mesyuarat bersama enam Adun Parti Warisan iaitu Calvin Chong (Elopura), Alex Thien (Tanjung Papat), Lisa Alban (Sungai Sibuga), Alias Sani (Sekong), Alex Wong (Karamunting) dan Arunarnsin Taib (Gum-Gum).

Antara perkara utama yang dibangkitkan ialah masalah di kawasan Bandar Prima di mana kerja-kerja pembaikan melibatkan tiga kebocoran utama akan dilaksanakan bermula 13 April iaitu semasa penutupan Loji Segaliud. 

Advertisement
Mesyuarat turut membincangkan isu paip uzur di Taman Nasalim yang kini dalam proses penukaran termasuk usaha mengenal pasti lokasi sesuai untuk penyimpanan paip. 

Selain itu keenam-enam Adun Parti Warisan Sandakan terebut turut mengetengahkan isu gangguan bekalan air berpanjangan di beberapa perumahan kawasan Elopura seperti Taman Sentosa, Sri Taman, Taman Mesra, Taman Hing Lee, kawasan Sedco dan Kam Jai Yen. 

“Kerjasama erat antara wakil rakyat dan Jabatan Air diharap dapat memberikan impak positif dalam usaha menyelesaikan masalah bekalan air di Sandakan secara mampan dan berterusan. 

“Penghargaan juga diberikan kepada Jurutera Jans Sandakan atas kesediaan beliau untuk bekerjasama serta mengambil pendekatan proaktif dalam menangani isu-isu berkaitan demi kepentingan rakyat,” kata mereka.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here