Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri terus memperkukuhkan agenda apabila Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) secara rasmi dijenamakan semula sebagai Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Negeri Sabah (JTDIS) sempena sambutan ulang tahun ke-50 penubuhannya.
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Datuk James Ratib berkata penjenamaan semula itu mencerminkan peranan baharu jabatan yang merupakan agensi di bawah KPSTI sebagai peneraju transformasi digital kerajaan negeri serta pemangkin pembangunan inovasi teknologi di Sabah.
"Sepanjang lima dekad penubuhannya jabatan ini telah memainkan peranan penting sebagai tulang belakang kepada pembangunan sistem dan teknologi maklumat Kerajaan Negeri bermula daripada era pengkomputeran asas sehingga kepada pembangunan sistem digital serta pelaksanaan pelbagai inisiatif transformasi digital dalam perkhidmatan awam Sabah.
Advertisement





