Thu, 9 Apr 2026
Headlines:
Lima AMT Persatuan Sepak Takraw Sabah terima darjah kebesaran
Published on: Monday, April 06, 2026
Published on: Mon, Apr 06, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Lima AMT Persatuan Sepak Takraw  Sabah terima darjah kebesaran
AWANG, Azwan, Suhaimi, Akhbar dan Idi. 
SANDAKAN: Setiausaha Kehormat Persatuan Sepak Takraw Negeri Sabah, Suhaimi Abdullah merakam penghargaan atas pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena ulang tahun kelahiran rasmi ke-75 Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, pada 30 Mac lepas kepada lima ahli majlis tertinggi persatuan itu. 

Mereka ialah Naib Presiden persatuan itu, Awang Dullah yang menerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), Timbalan Presiden, Azwan Abdullah (Bintang Setia Kinabalu (BSK), Setiausaha Kehormat, Suhaimi Abdullah (BSK) serta dua Ahli Majlis Tertinggi yang juga menerima BSK, Akhbar Hamdan dan Idi Ladinda. 

Advertisement
Jelas Suhaimi, pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan tinggi daripada kerajaan negeri Sabah terhadap pencapaian luar biasa Sabah dalam sukan sepak takraw, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Kejayaan ini juga mencerminkan kecemerlangan berterusan apabila pasukan sepak takraw Sabah telah mencipta sejarah dengan menyapu bersih semua pingat emas bagi kategori wanita pada Sukan Malaysia (Sukma) selama lebih satu dekad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ia sekaligus menjadikan sukan ini antara yang paling gemilang di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Ahad. 

“Semoga pengiktirafan ini terus menjadi pemangkin semangat untuk kita mencapai lebih banyak kejayaan serta mengangkat martabat sukan sepak takraw ke tahap yang lebih tinggi.” Tambahnya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here