SANDAKAN: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) memandang serius insiden anggota penguatkuasa dipukul di Sandakan dan sedang mempergiat usaha memperkukuh aspek keselamatan termasuk cadangan penggunaan kamera badan.
Pembantu Menteri Datuk Fairuz Renddan berkata insiden yang berlaku pada bulan Ramadan lalu bukan sahaja menimbulkan kebimbangan dari segi keselamatan anggota malah menuntut penambahbaikan menyeluruh terhadap kaedah operasi di lapangan.
“Selain daripada pelaksanaan tugas kita juga sedang memperdalamkan perbincangan di peringkat kementerian supaya anggota penguatkuasa dibekalkan dengan peralatan keselamatan khususnya kamera badan.
“Ini penting bagi memantau keadaan anggota dan situasi di kawasan operasi,” katanya.
Advertisement





