Sat, 11 Apr 2026
Headlines:
Lelaki jual air ketum didenda RM25,000 
Published on: Friday, April 10, 2026
Published on: Fri, Apr 10, 2026
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Lelaki jual air ketum didenda RM25,000 
Dzul didakwa mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5) akta sama yang memperuntukkan maksimum penjara lima tahun, denda sehingga RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
SANDAKAN: Seorang lelaki berusia 24 tahun dijatuhkan hukuman denda RM25,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Sesyen kerana menjual air ketum.

Hakim Roslinda Razali menjatuhkan hukuman itu selepas Mohamad Dzul Khairi Janudin mengaku bersalah atas kesalahan yang dilakukan pada jam 8.30 pagi, 8 Januari tahun ini di sebuah rumah di Kampung Beluran.

Advertisement
Mahkamah diberitahu bahawa sebelum penahanan Dzul satu pasukan dari cawangan Beluran, Batalion 20 Pasukan Gerakan Am telah melakukan pemantauan dan menyerbu rumah berkenaan.

Dzul dilihat membawa botol berisi cecair perang yang disyaki air ketum. Pemeriksaan lanjut di sebuah stor di sebelah rumah menemui 32 botol, setiap satu 1.5 liter mengandungi cecair keruh yang turut disyaki air ketum.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pegawai turut menemui lima peket plastik bahan tanaman yang dipercayai serbuk ketum di bilik tertuduh. 

Dzul ditangkap dan dimaklumkan sebab penahanannya selepas cecair dan bahan tanaman yang mengandungi Mitragynine ditemui dalam milikannya.

Advertisement
Analisis kimia oleh Jabatan Kimia di Kota Kinabalu mengesahkan cecair dan bahan tanaman itu mengandungi Mitragynine, bahan yang tersenarai di bawah Jadual Pertama dan Ketiga Akta Racun 1952 (Bahan Psikotropik).

Dzul didakwa mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5) akta sama yang memperuntukkan maksimum penjara lima tahun, denda sehingga RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Advertisement
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yuvan Bharathan. Dzul yang tidak diwakili peguam telah membayar denda.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here