Sun, 12 Apr 2026
Headlines:
Pembantu kedai hamil didenda jual produk tidak berdaftar
Published on: Friday, April 10, 2026
Published on: Fri, Apr 10, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Pembantu kedai hamil didenda jual produk tidak berdaftar
Kes tersebut didakwa mengikut Peraturan 7(1)(a), Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang pembantu kedai yang sedang hamil lima bulan didenda RM800 atau penjara 14 hari kerana menjual produk kosmetik tidak berdaftar.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Hamizah Hassan, 23, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pada Khamis.

Advertisement
Hamizah didapati menjual dua produk iaitu satu unit krim Brilliant Rejuv Topical dan satu unit toner Brilliant Rejuv Topical Solution yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM) kepada seorang lelaki.

Kesalahan itu dilakukan pada jam 11.49 pagi, 4 Julai 2024 di Trish Cosmetic Boutique, Parklane City, Benoni, Papar.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kes tersebut didakwa mengikut Peraturan 7(1)(a), Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam rayuan untuk hukuman ringan Hamizah yang tidak diwakili peguam memaklumkan bahawa dia hanya pekerja kedai dan sekadar menjalankan tugas sebagai kakitangan.

Advertisement
Beliau turut memberitahu mahkamah bahawa dia kini tidak lagi bekerja di premis berkenaan dan sedang hamil lima bulan.

Bagaimanapun Pegawai Pendakwa Bahagian Farmasi Angeline Francis William memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh serta orang lain supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

Advertisement
Dalam prosiding sama pemilik kedai tempat Hamizah bekerja sebelum ini turut didenda RM1,500 atau penjara 14 hari kerana memiliki tiga jenis produk tidak berdaftar.

Tertuduh Rosmenah, 33, mengaku bersalah memiliki lima botol Jamu Queen Control, 38 unit krim Brilliant Rejuv Topical dan 38 unit toner Brilliant Rejuv Topical Solution di lokasi dan masa sama.

Rosmenah yang juga tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan berdepan kesukaran kewangan termasuk kadar sewa kedai yang tinggi serta perniagaan perlahan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here