Wed, 15 Apr 2026
Headlines:
Anggota polis akan ditempatkan di stesen minyak – Armizan
Published on: Sunday, April 12, 2026
Published on: Sun, Apr 12, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Anggota polis akan ditempatkan di stesen minyak – Armizan
Armizan berkata bagi fasa pertama yang berlangsung dari 20 Mac hingga 10 April 2026, sebanyak 87 stesen minyak telah terlibat dalam penempatan statik penguatkuasa KPDN.
Kota Kinabalu: Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditempatkan di stesen-stesen minyak tertentu sebagai peluasan kepada penempatan secara statik penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali (gambar) berkata langkah itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 April lalu bagi memperkukuh usaha membanteras ketirisan dan penyeludupan bahan api, khususnya di kawasan sempadan dan lokasi berisiko tinggi.

Advertisement
Pada masa sama katanya, keputusan berkenaan dibuat susulan peningkatan risiko ketirisan petrol dan diesel akibat tekanan krisis tenaga global yang berpunca daripada konflik di Asia Barat ketika ini.

“Kerajaan melihat keperluan untuk memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan di lapangan, khususnya di kawasan sempadan yang dikenal pasti sebagai titik panas aktiviti penyeludupan bahan api.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Justeru itu, penglibatan PDRM adalah penting dalam memperluaskan keberkesanan pemantauan, ekoran kekangan sumber penguat kuasa KPDN, selain meningkatkan tahap keselamatan di premis terlibat.

“Pada masa sama, memastikan penguatkuasaan yang lebih menyeluruh dan berkesan,” katanya selepas Program Inisiatif Ihsan Food Bank (i-FB) di sini, Sabtu.

Advertisement
Armizan berkata sebelum ini KPDN telah melaksanakan penempatan secara statik penguatkuasa di stesen minyak berhampiran sempadan secara berperingkat sejak 20 Mac lalu.

Bagaimanapun katanya, terdapat keperluan memperluaskan liputan penguatkuasaan ke lebih banyak stesen minyak terutamanya di kawasan berisiko tinggi susulan hasil laporan dibentangkan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Advertisement
Menurutnya, krisis tenaga global ketika ini turut memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan dan barangan khususnya yang melibatkan sumber import sekali gus memerlukan pemantauan bersepadu antara agensi.

Armizan berkata bagi fasa pertama yang berlangsung dari 20 Mac hingga 10 April 2026, sebanyak 87 stesen minyak telah terlibat dalam penempatan statik penguatkuasa KPDN.

Katanya, pelaksanaan akan diteruskan melalui fasa kedua bermula minggu depan dengan penambahan 70 lagi stesen minyak yang turut melibatkan kehadiran anggota polis.

Selain itu katanya, pihaknya turut berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mempertimbangkan penglibatan anggota sukarelawan Rela dalam membantu operasi pemantauan terbabit.

“Kerajaan akan terus menilai keperluan semasa dan tahap risiko bagi memastikan kawalan yang lebih efektif dalam mengekang penyelewengan serta menjamin kestabilan bekalan bahan api negara,” katanya.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here