BEAUFORT: Seekor buaya sepanjang kira-kira 15 kaki dengan berat melebihi satu tan ditemui mati selepas tersangkut pada mata kail pemancing di Sungai Kota Klias, pada Sabtu.
Reptilia itu dipercayai sudah mati namun punca kematian masih belum diketahui.
Advertisement
_E.jpg)
Bangkai buaya yang tenggelam di dasar sungai itu tersangkut pada kail salah seorang pemancing sebelum berjaya dinaikkan ke darat.
Pemancing kemudian membawa buaya itu ke tebing sungai dan memaklumkan kepada pegawai Jabatan Hidupan Liar untuk pemeriksaan serta tindakan lanjut.
Seorang penduduk dikenali sebagai Ajim berkata penduduk sebelum ini telah membuat aduan kepada jabatan berkenaan berhubung kekerapan kemunculan buaya berhampiran perkampungan air.
Katanya, reptilia itu sudah lama berada di Sungai Kota Klias dan dipercayai diperkenalkan sejak zaman British bagi tujuan pembiakan.
Advertisement

Tambahnya, populasi buaya kini semakin meningkat dan menimbulkan risiko kepada penduduk.
Di Weston, wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sulaiman Saidin berkata seekor buaya baru-baru ini cuba menerkam anaknya di rumah atas air mereka.
Katanya, reptilia itu muncul dari bawah ketika anaknya sedang masuk ke bilik air menyebabkan kanak-kanak itu melarikan diri dalam ketakutan.
Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Jai Tuah melaporkan terlihat seekor buaya sepanjang kira-kira 14 kaki berenang di Sungai Weston pada waktu malam dan menggesa nelayan serta pemancing supaya lebih berhati-hati khususnya di kawasan jeti.