Sat, 11 Apr 2026
Headlines:
Wanita didenda guna permit mendaki Gunung Kinabalu palsu
Published on: Friday, April 10, 2026
Published on: Fri, Apr 10, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Wanita didenda guna permit mendaki Gunung Kinabalu palsu
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 40 tahun didenda RM3,000 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret kerana menggunakan dokumen permit mendaki Gunung Kinabalu palsu seolah-olah sah.

Nur Atiqah Jessica mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas pertuduhan menggunakan dan menghantar dokumen yang didakwa sebagai “invois/permit mendaki Gunung Kinabalu bertarikh 30 April 2025” melalui WhatsApp yang dipercayai palsu.

Advertisement
Kesalahan itu dilakukan pada 18 Mac 2025 di Institut Kemajuan Desa dekat sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut fakta kes yang dikemukakan pendakwaan siasatan dimulakan selepas seorang pengadu membuat laporan kerana mendakwa telah ditipu oleh Nur berkaitan aktiviti mendaki Gunung Kinabalu yang dijadualkan pada 30 Mei 2025.

Pengadu telah membayar RM950 secara tunai kepada Nur di Poring Hot Spring, Ranau pada 30 November 2024 selepas ditawarkan penyertaan dalam aktiviti berkenaan. 

Advertisement
Wang tersebut kemudiannya dipulangkan tetapi siasatan diteruskan atas arahan Timbalan Pendakwa Raya berikutan dokumen yang diterima pengadu dan keterangan saksi.

Siasatan lanjut mendapati seorang saksi Sylvrina S Motiung menerima invois daripada Nur pada 18 November 2025 di Penampang. 

Advertisement
Pemeriksaan oleh pegawai penyiasat mengesahkan dokumen itu palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh mana-mana agensi yang sah menguruskan permit mendaki Gunung Kinabalu.

Berdasarkan keterangan saksi dokumen diperoleh dan kegagalan Nur mengatur pendakian atau memberikan penjelasan munasabah, siasatan mendapati unsur penipuan dalam penggunaan dokumen palsu oleh Nur.

Sementara itu dalam kes berasingan seorang lelaki berusia 42 tahun, Abdul San Hakim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan ugutan jenayah kerana mengancam merosakkan Proton Saga milik Ennexson Junior Juati di Jalan Tun Razak pada 30 Mac 2024, jam 6.55 petang.

Pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Mahkamah menetapkan 4 Jun untuk pengurusan kes sebelum perbicaraan dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan dua penjamin.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Arfa Anchal Khan dan Inspektor Yusdi Basri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here