Sat, 11 Apr 2026
Headlines:
Sabah raih jualan RM5 juta di Matta Fair
Published on: Thursday, April 09, 2026
Published on: Thu, Apr 09, 2026
Text Size:
Text:
Sabah raih jualan RM5 juta di Matta Fair
Kota Kinabalu: Sabah mencatatkan prestasi memberangsangkan pada Matta Fair Kuala Lumpur baru-baru ini dengan menjana jumlah jualan sebanyak RM5,098,153.74 sepanjang acara pengguna selama tiga hari itu sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan domestik pilihan.

Jualan menunjukkan peningkatan berterusan sepanjang pameran terbabit dengan pengusaha dari Sabah merekodkan RM812,156.32 pada hari pembukaan, 3 April, meningkat kepada RM1,425,231.32 pada hari kedua sebelum memuncak kepada RM2,860,766.10 pada hari terakhir.

Advertisement
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Jafry Ariffin  menyifatkan prestasi jualan itu sebagai amat menggalakkan dan berkata penyertaan berterusan Sabah dalam pameran pelancongan utama akan membantu merancakkan tempahan serta ketibaan pelawat ke negeri ini.

“Peningkatan jualan yang konsisten sepanjang pameran mencerminkan permintaan kukuh terhadap pengalaman pelancongan Sabah dalam kalangan pelancong domestik.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Platform seperti Matta Fair membolehkan pemain industri berhubung secara langsung dengan pasaran dan kami akan terus menyokong penyertaan lebih ramai ejen tempatan bagi menterjemahkan minat ini kepada kunjungan sebenar ke negeri ini,” katanya.

Berbanding RM4.5 juta yang dicatatkan pada Matta Fair April tahun lalu dengan penyertaan 43 ejen, Jafry berkata prestasi tahun ini membuktikan ketahanan pasaran pelancongan domestik Sabah meskipun industri bersiap sedia menghadapi perubahan trend pelancongan serta cabaran mendatang.

Advertisement
Pada edisi April kali ini, Lembaga Pelancongan Sabah (STB) disertai 37 ejen pelancongan dari Sabah yang mengendalikan 100 reruai, menawarkan pelbagai pakej pelancongan yang menampilkan kepelbagaian produk pelancongan negeri itu termasuk budaya, pengembaraan dan alam semula jadi.

STB turut memperkenalkan serta memperkukuh penjenamaan destinasi Explore Sabah sambil menonjolkan Pesta Kaamatan sebagai tarikan budaya utama dengan menjemput pengunjung merasai sambutan menuai yang berlangsung sepanjang bulan Mei di seluruh negeri.

Advertisement
Ejen-ejen juga digalakkan untuk memasukkan pengalaman pelancongan berasaskan komuniti dalam pakej mereka bagi membolehkan pelancong berinteraksi dengan masyarakat tempatan serta menyokong pembangunan pelancongan mampan.

Pelancongan Sabah kekal optimis bahawa maklum balas positif pasaran di Matta Fair Kuala Lumpur akan diterjemahkan kepada peningkatan ketibaan pelawat dalam bulan-bulan mendatang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here