Sun, 12 Apr 2026
Headlines:
Denda RM10,000 kerana miliki kad ATM orang lain
Published on: Saturday, April 11, 2026
Published on: Sat, Apr 11, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Denda RM10,000 kerana miliki kad ATM orang lain
Kesalahan di bawah Seksyen 424A Kanun Keseksaan itu memperuntukkan denda antara RM5,000 hingga RM50,000 atau penjara antara enam bulan hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang wanita berumur 22 tahun didenda berjumlah RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan memiliki kad ATM milik orang lain tanpa kebenaran sah.

Norpaidah Abdullah mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus terhadap kedua-dua pertuduhan itu dan didenda RM5,000 atau empat bulan penjara bagi setiap pertuduhan.

Advertisement
Menurut pertuduhan, Norpaidah didapati memiliki dua kad ATM MBSB masing-masing kepunyaan Soniah Abdul Siuh dan Mohamed Yassin Abdul Jalil tanpa kebenaran pada 6 Januari 2025, jam 4.30 petang, di hadapan tangga Bank MBSB, Lorong Taipan KK, Inanam.

Kesalahan di bawah Seksyen 424A Kanun Keseksaan itu memperuntukkan denda antara RM5,000 hingga RM50,000 atau penjara antara enam bulan hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah yang melakukan pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa tangkapan dibuat susulan satu operasi khas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu yang menyasarkan aktiviti penipuan dalam talian melibatkan penggunaan akaun bank untuk menerima dan memindahkan hasil haram.

Siasatan mendapati wujud kumpulan yang disyaki berkomplot mengedar, membeli dan menyewa kad ATM untuk digunakan dalam aktiviti penipuan, dan Norpaidah didapati memiliki kad ATM terbabit semasa operasi dijalankan.

Advertisement
Dalam kes berasingan, seorang penjaga premis hiburan didenda RM3,000 atau empat bulan penjara kerana mengendalikan premis melebihi waktu yang dibenarkan.

Josephly Andiri, 46, mengaku bersalah melakukan kesalahan itu pada 13 Mac tahun ini, kira-kira jam 1.45 pagi, di premis Ucakk, Pintas Avenue, Penampang.

Advertisement
Pertuduhan di bawah Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11 Ordinan sama, memperuntukkan denda sehingga RM50,000, penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah diberitahu pihak pendakwaan bahawa pada hari kejadian, sepasukan polis yang menjalankan Op Noda di sebuah premis di Pintas Avenue, Penampang, mendapati premis terbabit masih beroperasi dengan muzik yang kuat.

Pemeriksaan mendapati premis berkenaan beroperasi melebihi waktu yang dibenarkan serta menjalankan aktiviti hiburan awam tanpa lesen yang sah.

Josephly yang tidak diwakili peguam merayu denda lebih rendah dengan alasan dia hanya bekerja sebagai penjaga premis terbabit. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here