Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
700 kereta terpakai musnah dalam kebakaran di Tuaran
Published on: Monday, March 16, 2026
Published on: Mon, Mar 16, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
700 kereta terpakai musnah dalam kebakaran di Tuaran
PASUKAN bomba memadam kebakaran di kawasan itu.
Tuaran: Sebanyak 700 kenderaan rosak berpakir membabitkan keluasan 0.8 hektar, musnah dalam kebakaran di Jalan Dungun Marabahai Tambalang 2, di sini, pada ahad.

Kebakaran kira-kira jam 1 tengah hari itu dilaporkan bermula di kawasan hutan berhampiran yang merebak ke stor penyimpanan kereta berkenaan.

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran Kurong Ak Beki berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 1.10 tengah hari.

Katanya, seramai sembilan anggota anggota dikerah ke lokasi kejadian sejauh lima kilometer (km) beserta dua jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan stor penyimpanan kereta terpakai yang terbakar sepenuhnya,

“Operasi pemadaman turut dibantu dua jentera melibatkan pasukan bomba dari BBP Lintas dan BBP Kota Kinabalu dengan kekuatan keseluruhan seramai 25 anggota,” katanya dihubungi.

Advertisement
Menurutnya, kebakaran dipercayai berpunca daripada kebakaran hutan berhampiran sebelum merebak ke kawasan penyimpanan kenderaan berkenaan.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku manakala api berjaya dikawal jam 3.31 petang sebelum kerja-kerja pemeriksaan serta overhaul dijalankan bagi memastikan tiada sisa api yang boleh menyebabkan kebakaran semula,

Advertisement
“Punca kejadian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.55 petang,” katanya.

Difahamkan, kira-kira 30 kenderaan sempat diselamatkan dan operasi turut dibantu oleh enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengawal keadaan di lokasi kejadian.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here