Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Wanita melecur di muka, tangan dalam kebakaran
Published on: Monday, March 16, 2026
Published on: Mon, Mar 16, 2026
By: Gerry Lewis
Text Size:
Text:
Wanita melecur di muka, tangan dalam kebakaran
PASUKAN bomba melakukan pemeriksaan keselamatan di sekitar rumah itu.
TAMBUNAN: Seorang wanita melecur di bahagian muka dan tangan dalam kebakaran rumah di Kampung Lubong, di sini, Ahad.

Jurucakap Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Tambunan Mohd Zaihan berkata rumah itu musnah 89 peratus dan menyebabkan sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Advertisement
Mangsa Ruzitah Ebin kini sedang menerima perhatian rapi.

Balai terbabit menerima panggilan kecemasan mengenai insiden pada jam 8:30 pagi sebelum menamatkan operasi pada jam 9.16.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Seramai lapan anggota bomba diketuai Komander Operasi, PBT Johnny John Jinuli bersama jentera FRT, unit EMRS, kenderaan utiliti dan unit dron dikerahkan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.​

Empat anggota polis dan tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut membantu dalam operasi itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here