Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Kompaun dikeluarkan, petrol dirampas dalam operasi di Semporna
Published on: Friday, April 03, 2026
Published on: Fri, Apr 03, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Kompaun dikeluarkan, petrol dirampas dalam operasi di Semporna
ANGGOTA penguatkuasa memeriksa premis semasa operasi dijalankan.
SEMPORNA: Lima kompaun dikeluarkan dan 100 liter petrol dirampas dalam satu operasi bersepadu, Ops Tiris 4.0, yang dijalankan di daerah ini pada Rabu.

Operasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Semporna bersama Esscom itu meliputi beberapa lokasi termasuk hotel, tapak pembinaan dan penempatan setinggan.

Advertisement
KPDN memaklumkan lima kes kompaun di tempat kejadian dan satu kes biasa direkodkan. Tiga kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, dua di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 dan satu di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Enam tong jerikin mengandungi 100 liter petrol dirampas dalam operasi tersebut. Barangan yang dirampas dianggarkan bernilai RM387 manakala jumlah kompaun yang dikeluarkan adalah RM1,300,” menurut kementerian itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sebanyak 17 notis pemeriksaan turut dikeluarkan.

KPDN menegaskan komitmennya bagi memperkukuh usaha penguatkuasaan untuk memastikan bekalan stabil dan mengelakkan penyalahgunaan barangan kawalan.

Advertisement
Ia turut merakamkan penghargaan kepada Esscom serta agensi penguatkuasa lain atas kerjasama yang diberikan.

Orang ramai digalakkan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here