Mon, 6 Apr 2026
Headlines:
Karnival adat Sabah papar keunikan hidup Borneo
Published on: Saturday, April 04, 2026
Published on: Sat, Apr 04, 2026
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Karnival adat Sabah papar keunikan hidup Borneo
SHALMON (keempat, kiri) bersama barisan penganjur karnival apabila mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Datuk Jafry Arifin, baru-baru ini. Karnival itu bakal diadakan pada 10 hingga 13 April.
Tuaran: Pelbagai program menarik bakal memeriahkan Karnival Pendidikan Adat Budaya Sabah keempat yang akan diadakan di Pusat Latihan Guru Sekolah Adat Anak Negeri (SAANS), Kampung Lumawang, di sini, dari 10 hingga 13 April ini.

Presiden Sunduan Nabalu, Shalmon Sanangan berkata karnival itu akan memaparkan keunikan warisan hidup Borneo dan orang ramai digalakkan hadir bagi menyaksikan kemeriahan acara tersebut.

Advertisement
Katanya, karnival berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) dan Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS) Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Edisi keempat kali ini menampilkan konsep kesepaduan warisan ketara dan tidak ketara bagi memperkasakan pendidikan berasaskan adat dan budaya tempatan, dengan tema ‘Identiti Etnik Adalah Khazanah Negara’.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami menjangkakan kehadiran lebih 5,000 pengunjung sepanjang tempoh penganjuran,” katanya, menambah majlis kemuncak akan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada 12 April.

Menurutnya, antara program utama yang dijangka mencuri tarikan ialah pertandingan Pidato Bahasa Ibunda, pertandingan Mananong (bercerita) dalam bahasa ibunda, Kuntau Tingolig serta penyampaian Puisi Bahasa Ibunda Klasik.

Advertisement
Program itu juga akan mempamerkan keindahan bahasa etnik Sabah serta seni mempertahankan diri dari Borneo.

Selain itu, persembahan Mega Gong, tarian etnik serta Luguan Momorusap iaitu demonstrasi kepakaran perubatan tradisional turut diadakan.

Advertisement
Shalmon berkata sebanyak 19 rumah etnik telah didirikan oleh sekolah adat bagi mempamerkan seni bina unik etnik tempatan Borneo, artifak serta adat kehidupan harian masyarakat peribumi.

Antara etnik yang terlibat termasuk Tahol, Gana, Liwan, Kwijau, Kiau, Lobu, Sagamo, Tobilung, Tidung, Rungus, Timugon, Kadazan, Lotud dan Tindal.

Beliau berkata Tapak Khazanah Hidup Borneo itu merupakan sumbangan SAANS dalam usaha penarafan sekolah adat di bawah Register of Best Safeguarding Practices Unesco sebagai khazanah hidup.

“Pengunjung berpeluang melihat dan memahami amalan lestari berasaskan adat serta kearifan ekologi tempatan yang menjadi nadi pendidikan sekolah adat di tapak khazanah hidup ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah BorIIS, Prof Madya Dr Normah Abdul Latif berkata penganjuran karnival itu melambangkan sinergi berimpak tinggi antara komuniti dan universiti.

Menurutnya, usaha itu selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang menekankan pendidikan bermakna, masyarakat mapan serta perlindungan ekosistem berasaskan kearifan tempatan.

Sejak 2024, BorIIS UMS dan SAANS telah bekerjasama menjadikan sekolah adat di bawah SAANS sebagai makmal hidup, menggabungkan kearifan tempatan komuniti dengan penyelidikan universiti dalam usaha memartabatkan adat budaya dan pengetahuan leluhur masyarakat asal Sabah.

“Pendekatan ini sejajar dengan semangat ‘UMS: Brain of Borneo’. Karnival ini bukan sahaja menandai kesinambungan tradisi, malah membuka ruang pengalaman imersif kepada pelancong domestik dan antarabangsa,” katanya.

Menurutnya, pengunjung juga berpeluang menyertai bengkel kraf tangan, menyaksikan proses penyediaan makanan tradisi serta mendengar pidato dan puisi dalam bahasa etnik.

Sementara itu, Pengarah SAANS, Dobby Brown Kristus berkata karnival berkenaan mencerminkan komitmen berterusan SAANS dalam memperkukuh pendidikan adat sebagai teras pemeliharaan budaya dan jati diri masyarakat anak negeri Sabah.

“Karnival ini bukan sekadar acara kebudayaan, tetapi platform pendidikan dan pewarisan ilmu adat yang menghubungkan generasi tua dan muda bagi memastikan warisan etnik Borneo terus hidup dan relevan,” katanya.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here